10 Manusia dan 10 Kisah Plastik

Jadi seperti Ratu Mesir Nefertiti



Nileen Namita, ibu dari 3 anak melalui 51 pembedahan plastik untuk mencapai impiannya iaitu mirip Ratu Nefertiti. Namita menjalani pembedahan ini selama 20 tahun dan mengeluarkan $360.000. 51 pembedahan plastik itu termasuk 8 pembedahan hidung dan 3 pembedaha wajah.


Wanita kembar untuk jadi seperti kembarnya


Kebiasaan pasangan kembar gemar melakukan segala aktivti bersama-sama baik berkongsi hobi, belajar mahupun sakit bersama-sama. Lain pula ceritanya dengan pasangan kembar Jo dan Kerry yang membawa fakta ini ke level yang lebih baru. Apabila Jo memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik pada hidungnya, Kerry juga mengikuti langkah yang sama. Dan sejak hari itu, kembar tersebut telah menghabiskan $80.000 untuk melakukan pembedahan bersama-sama. Dan pembedahan tersebut mesti dilakukan pada waktu yang sama oleh doktor yang sama.


Ibu yang ingin mirip seperti anaknya


Bila lihat gambar di atas mesti anda menyangka Janet dan Jane Cunliffe adalah kembar. Tetapi mereka tidak, bahkan bukan adik-beradik. Mereka adalah anak dan ibu! Janet mengeluarkan lebih dari $13.000 untuk melakukan pembedahan plastik dalam usaha untuk menutup jurang berpezaan 22 tahun antara dirinya dan anaknya. Sekarang mereka berdua mempunyai rambut perang dan kaki yang cantik berat yang sama dan tinggi yang sama.


Ingin cantik jadi seperti patung barbie


Ingin cantik seperti barbie mendorong Sarah Burge, bekas model menghabiskan hampir setengah pounds untuk mengubah dirinya seperti patung barbie hidup dan memecahkan rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Cindy Jackson yang juga ingin kelihatan seperti patung terkenal


Isteri yang mahu jadi seperti bekas isteri suaminya

Zhao Gang dari China meyakinkan isteri barunya untuk melakukan pembedahan plastik sepaya kelihatan sama seperti bekas isteri pertamanya yang telah meninggal dunia. Dia yang kehilangan isteri pertamanya semasa kemalangan 3 tahun yang lalu dan sekarang menginginkan isteri barunya sama seperti bekas isterinya itu.


Michael Jackson versi perempuan

Sekali pandang seperti Michael Jackson bukan? Itulah Mikki Jay, ibu kepada 3 orang anak telah membuktikan bahawa anda tidak perlu menjadi lelaki untuk menjadi sama seperti Michael Jackson . Jay menghabiskan $16.000 untuk pembedahan plastik. “Ramai orang tahu bahawa saya adalah perempuan tetapi itu tidak menggangu mereka,” kata Jay.


Mahu jadi syaitan


Gavin Paslow, 39 tahun menghabiskan 3,552 paound sterling untuk mendapatkan taring, lidah terbelah dan tanduk. Paslow, yang mengubah namanya menjadi Diabo Delenfer atau setan dari neraka-membuat dirinya penuh dengan simbol seperti Lucifer. Pembedahan yang masing-masing beharga 200 poundsterling tersebut dilakukan oleh seorang doktor dari Manchester tanpa bius. Menariknya, proses pembedahan lidah yang dilakukan tanpa bius adalah menggunakan pisau pahat yang digunakan untuk memotong lidah dibahagian tengah.



Obses dengan Angelina Jolie


Nadya Suleman, ibu kepada kembar 8 dikatakan telah merubah dirinya menjadi Angelina Jolie. Menurut doktor plastik Dr Anthony Youn, persamaan antara mereka berdua sangat nyata-kedua-duanya mempunyai alis mata, dagu mulus dan mempunyai anak yang ramai.


Nenek yang ingin jadi seperti Jessica Rabbit


Annette Edwards, 57 mengeluarkan $10.000 untuk jadi seperti karakter kartun Jessica Rabbit, dari filem "Who Framed Roger Rabbit". Annette melalui pembedahan selama 1 minggu untuk melakukan pembedahan payudara, plastik dan suntikan Botox. Annette mengaku pernah dihubungi oleh majalah Playboy untuk sesi fotoshot.


Ingin cantik seperti Demi Moore


Lisa Connell, 29 tahun yang mengidap penyakit tumor telah membelanjakan $80.00 untuk memenuhi impiannya-mati dengan rupa Demi Moore. Walaupun mempunyai wajah yang cantik sebelum ini, Lisa tidak pernah puas dengan wajahnya.


Klik sini

24 komen Orang bijak:

senyumSOYA said...

adei~ macam2..tapi x tahu mana stu mak mana stu anak~ heheheh

Anis Anisa said...

hahahahahhaha..... bnyak abes duit nihh

xazryx said...

yg nk jadi setan tu tggu mati japgi la .

Syuk Ry said...

giler ar die org ni..

amal said...

ish3.. yang paling teruk yg laki suh tukar muka ikut bini pertama ngan nak jadi syaiton tuh. ape daaaaa.. sabar jele dorang ni..

Miss Meen said...

Aduii
Bilaa banyak duit sampai tak tau nak buat apa
Bilaa takda duit bising
Isshhh membazir betul hihi
=P
apalaa salahnya BERSYUKUR apa yang ada kan kan

wanacesh said...

gilerla diorg ni hbis duit gitu je,,bai buat bisnes,,hdup xde arah tujuan gitula

Wanzi said...

kita orang timur tak elok tiru cara dorang... nak tambah sana sini..... satu lagi dah banyak duit tak tahu nak buat amal... ingat kita masih ada pegangan agama.....

zacky ~786~ said...

emm .~ rosak2..

cik bihah said...

mcm2 manusia nie..

PuPeL said...

ish... tak bersyukur dengan apa yang ada

nelly said...

ish2 .tak patut !

Zura said...

salam kenal...
singgah sini...
mcm2 drg nie..ngabiskan duit je...

shahrihan said...

ish2..teruk la..
xpatut la..bkn nyer cntik pn buat pembedahan plastik ni..
yg original lg cntik n sudah sempurna..:D

Fantastic Ajane said...

wah menarik ni...;) good post here..:)

Sachi Asukai said...

adoi,,peliknya manusia nie =.=''
http://sachiasukaii.blogspot.com/2011/04/15-april-2011-makin-singkat-umur-buatmu.html

Cik Cammy Lia said...

ades mcm2 la manusia ni..adoi. nauzubillah

Cik Mira said...

duet tak tau nk letak mane gitu la jadinye

Cikgu Fikri said...

Ya Allah...
aper lah diowang ni..
sanggup ubah ciptaan Allah S.W.T semata2 nak jadi yg diowang inginkan..
huh....

shark said...

aiyark..
sumanyer pendek umo nnti..
abis suma nk bedah

Nadya Aqilah said...

macam2 lah diorang ni...langsung tak bersyukur dengan apa yang diorang ada...sanggup berhabisan ribu riban utk sume tuh...membazir je..kalau rasa duit tu banyak bagi lah kat orang yang memerlukan...tak bagi kat diorang, bagi kat aku pun ok gaks..hahah

lalink7 said...

uihh macam2 gamboo..mnarikk juga ekk pembedahan plastik niee...sangat plastikkkkkkkkkkkkkk

Dea said...

kembar 8??.. huhu

cik violet said...

buang duit buang masa je ubah apa yang ada..huhu

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...