7 Kesilapan Genetik Seluruh Dunia


1. Bayi “ frog”

Kelahirannya pada tahun 2006 Charikot, Nepal. Bayi yang lahir dalam keadaan tanpa leher dengan muka menenggelamkan seluruh badannya dan bola mata yang luar biasa besar telah mengejutkan dan menjadi perhatian dunia.

Walaubagaimanapun bayi ini meninggal setelah setengah jam kelahiran. Dikhabarkan bayi ini mengalami tempoh kehamilan yang normal selama 9 bulan sama seperti bayi-bayi yang lain dan ibunya tidak mengalami sebarang alahan selama tempoh tersebut.

Bijakjaya: Hasil kajian, bayi tersebut mengalami anencephaly iaitu cacat tabung saraf seperti bayi Cyclops. Tidak ada pembentukan otak adalah punca bayi tersebut mati sejurus kelahiran. Oleh itu, wanita mengandung disarankan mengambil folat semasa awal kehamilan


2. Lelaki Berekor

Chandre Oram pekerja ladang teh mempunyai ekor sepanjang 13 inchi. Keanehan ini walaubagaimanapun menjadi objek pengabdian bagi kaumnya. “ Saya lahir pada tahun Ram Navami (ulangtahun dewa). Mereka percaya kepada saya- mereka boleh sembuh dari penyakit parah ketika menyentuh ekor saya dan saya percaya saya dapat melakukan banyak kebaikan bagi mereka yang datang kepada saya dengan pengabdian”. Ribuan orang datang kepadanya setiap hari untuk mendapat berkat. Di sudut halaman rumahnya terbina satu kuil Hanuman dan kemudiannya dia ditawarkan untuk menjadi dewa.

Namun kerana ekornya Oram sukar untuk menemui pasangan apabila hampir 20 wanita yang menolak pinangannya. Oram walaubagaimanapun menolak untuk melakukan pembedahan membuang ekornya kerana sudah sebati dengan dirinya dan itulah sumber kekayaannya. Menurut ahli perubatan Oram mengalami cacat tulang belakang(ekor tulang).



3. Bayi Cyclop


Sekiranya anda masih ingat kisah pada tahun 2006 lahirnya seorang bayi yang mempunyai 1 mata (yang kononnya heboh pasal kewujudan dajjal). Hakikatnya, menurut pasukan perubatan, kelahiran bayi ini dalah disebabkan oleh ubat anti-kanser. Salah satu sebab lainnya adalah chromosomal disorder atau cyclopia. Bayi ini dilahirkan dengan satu mata di dahinya, tiada hidung dan otak bercantum seperti hemisfera. Dengan kecacatan yang berat itu adalah satu keajaiban apabila bayi itu selamat dilahirkan walaupun mati beberapa hari kemudiannya.


4. Tangan terbesar di dunia

Lui Hua dari China menderita penyakit macrodactyly dengan mempunyai saiz tangan yang luar biasa besarnya. Pada July 2007, ibu jari kirinya direkodkan berukuran 10.2 inchi dan jari telunjuknya menghampiri 12 inchi. Pada 20 July, satu pembedahan dijalankan selama 7 jam dan berjaya membuang 11 pound daging dan tulang. .


5. Kaki terbalik

Wang Fang, 27 dari Chongqing, China semamangnya dilahirkan dalam keadaan kaki terbalik ke belakang. Dia walaubagaimanapun berjaya menjalani kehidupannya seperti manusia normal yang lain dan menolak untuk didaftarkan sebagai golongan cacat dan sekaligus mendapat keistimewaan bagi golongan tersebut. “ Saya boleh berlari lebih laju berbanding kawan-kawan saya yang lain dan mempunyai pekerjaan tetap sebagai pelayan di restoran keluarga. Tiada sebab untuk saya menikmati kemudahan tersebut dan menjadi golongan itu”


6. Bayi dengan 3 lengan

Pada 2006 bayi yang diberi nama Liu Junjie dari Anhui Province, China dilahirkan memiliki 3 lengan. Doktor telah berjaya membuang lengan tambahan tersebut tetapi bayi berkenaan masih memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan fungsi bagi 2 lengan yang tertinggal. “ Kami berharap dapat bertukar maklumat dengan para perubatan yang lain yang pernah mengalami masalah yang sama di seluruh dunia. Ini kerana kes ini tersangat jarang dan kami sudah kehilangan maklumat untuk teruskan perubatan”


7. Nipple di kaki

Brazil, seorang wanita 22 tahun mencari rawatan bagi masalah putting yang terbentuk di plantar kaki kirinya. Ahli klinikal dan histopatologi percaya itu adalah hasil tisu payudara yang terbentuk di kakinya dan ini adalah laporan pertama dari rangkaian pembentukan payudara di kaki.

Klik sini

28 komen Orang bijak:

cd said...

haha...nombor 7 tak boleh blah..

Abang Long said...

Salam...menarik? Ngeri? entahlah...thanx for sharing

Nur Hawa Mohd Zin said...

macam tak caya je kan

Liza @ Adzriel AB said...

kesian tengok baby2 tu.

gEe said...

huhu tkut plk bile menengoknye..

Nadzirah said...

semua nh kekuasaan Allah kan. tapino 7 tuh mcm kelakar la pulak. hhii

jom pg belog kite : CIK DIREKTOR!

Cik Mira said...

kuasa allah...

cik ayin said...

kagum dengan kuasa allah

Shamsuddin Amin said...

subhanallah...^^

DiNa-DiaNa said...

nice info..suke baca..thanks coz dtg melawat blog dina..=)

GadisGula-gula said...

KUN FAYAKUN....

NURUL NADIAH MAMAT said...

kuasa Allah tiada tandingan...
nice entry.. :)

zuhanismohamed said...

allah maha besar..

entry yg sangat best..tq share ! :D

Anonymous said...

Allah, Tuhan yg Maha Ilmu.

diyana said...

info yang menarik! ^_^

nursyamime said...

peh!sian kan kt orang yg kena 2..
apa pun kita kn bersyukur dgn apa yg kita ad..
tengs 4 sharing the info:))

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.jalan2 singgah sini..nice blog :)
jom tengok sakura dekat blog saya^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/

Dekcik said...

nauzubilah..takot tgk..subanallah besar nye kejadian allah..

shark said...

waaa..
nice sharing..
baru ku tau ada mcm nie

Cik Lily said...

tp kesian kan.......

lalink7 said...

pelik2 laa..isk..

.::: Princess MOMOY :::. said...

kesian tgk baby tu
100 Kerja Kosong Sepanjang Tahun 2011"
Korang pernah main game ni?"
Katak Puru boleh dimakan???"

Shazwan said...

yg first tu..baby tu idup lg ke? kalau idup awat la org tu duk tnjuk2 gitu..

Qistina Filzah said...

a'ah la..kesian tgk baby tu

Um'Mi Sara said...

Ya ALLAH ... semua itu itu ujian dariMu... yang mengetahui hikmah disebalik setiap kejadian...

LadyBird said...

subhanallah :).. Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu supaya manusia berfikir dan mencari mengkaji setiap kejadian Allah itu..

p/s : pada pendapat lady perkataan "kesilapan" tidak sesuai digunakan untuk tajuk tu.. mungkin boleh diganti dengan perkataan yg lebih baik.. mungkin perkataan "perubahan" atau "kelainan"

Madam Pam said...

itu semua kuasa Allah...

pilotHans said...

sesetengah org komen kat sini baca ke tidak? aduh.....btw, sume ni kesian mak bapak dia..hmmm

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...