Apabila Ferrari Berlanggar

Anda pasti pernah melihat kemalangan yang berlaku dijalan-jalan di negara kita tapi pernah anda melihat ferrari berlanggar? Bagaimana jika Sebuah Ferrari berlanggar sesama sendiri adakah ia tidak sama seperti kenderaan biasa yang lain apabila terlibat dalam kemalangan ? Walau bagaimanapun bukan Ferrari yang penting untuk anda tahu tetapi bagaiaman langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlaku kemalangan.

1.Peningkatan kemalangan dimusim raya ini menyebabkan beberapa rakan bertanyakan tentang apa yang perlu mereka dilakukan ketika berlaku kemalangan diatas jalanraya atau cara serta langkah-langkah bagi mendapatkan pampasan dari syarikat insurans?Memandangkan mempunyai pengalaman maka adalah baiknya jika kita kongsikan bersama mengenainya.



2.Selepas berlaku kemalangan-laporkan kepada pihak polis dan anda tidak perlu memandai-mandai atau menjadi hero dengan mengubah apa-apa pun ditempat kemalangan.Hubungi ambulans jika terdapat mangsa yang cedera.Catatkan nombor kenderaan yang terbabit dan jika boleh dapatkan juga nama dan no kad pengenalan pemiliknya.

3.Setelah polis selesai mengambil gambar,jika kenderaan anda tidak boleh diubah ketepi jalan hubungi trak penunda yang merupakan panel kepada syarikat insurans kenderaan anda untuk ditunda ke balai polis terdekat.Dibalai polis pastikan anda membuat laporan polis namun anda boleh melewatkannya tidak melebihi 24 jam dari tempoh kejadian.

4.Jika pemandu langgar lari-anda perlu catatkan nombor kenderaannya dan anda boleh mendaptakan butir-butir lengkap dari JPJ kemudian anda boleh buat tuntutan terhadap pemandu tersebut kepada syarikat insurans.


5.Sekiranya anda memerlukan kenderaan anda dengan cepat,anda boleh membayar dahulu dan bil atau resit bayaran perlu disimpan untuk dituntut kepada syarikat insurans.Jika tidak mampu,tinggalkan kenderaan anda dibengkel sehingga tuntuan dengan syarikat insurans diselesaikan.



6.Jika anda yang bersalah-pihak lain mungkin akan membuat tuntutan pihak ketiga kepada syarikat anda.Anda juga boleh membuat tuntutan bagi kerosakan kenderaan jika kenderaan anda dilindungi skim insurans komprehensif(1st party) dan ini menyebabkan kehilangan Bonus tanpa tuntutan(NCB)apabila anda melakukannya.



7.Menerima atau menolak pampasan-jika merasakan jumlah pampasan yang tawar tidak mencukupi anda berhak untuk merayu tanpa perlu menangis agar syarikat insurans menimbang semula nilai yang tawarkan dan ini biasanya memakan masa yang agak lama.



8.Menandatangani Dokumen-jika anda disuruh menandatangani sebarang dokumen semasa kemalangan,baca dan fahamilah dengan teliti tanpa terburu-buru atau terlalu ghairah.Ini bagi memastikan anda tidak ditipu atau diperbodohkan serta dikambing hitamkan oleh mereka yang bertindak bagi pihak peguam yang tidak bertimbang rasa dan tamak haloba.



9.Jadilah pengguna yang bijak!




0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...