Eksperimen Luar Biasa


1-John Henry,ahli alamiah terkenal Perancis,membuktikan kelaziman bukan semestinya cara terbaik untuk melakukan sesuatu.

2-Dia melakukan eksperimen luar biasa menggunakan beberapa ekor beluncas yang mempunyai tabiat melakukan apa yang dilakukan oleh beluncas didepannya secara membabi buta.

3-Mengatur beluncas dalam bulatan dikeliling bibir pasu bunga agar beluncas paling depan menyentuh beluncas paling belakang menjadikannya satu bulatan penuh.Kemudian meletakkan daun pokok pain ditengah-tengah pasu bunga yang menjadi makanan beluncas.

4-Kesemua beluncas bergerak bertunda-tunda dalam bulatan mengelilingi pasu,jam demi jam,hari demi hari,malam demi malam sehingga tujuh hari dan tujuh malam.Akhirnya mereka jatuh bergelimpangan dan mati kerana kelaparan dan kepenatan.

6-Walaupun begitu banyak makanan berhampiran,mereka mati semata-mata keliru antara aktiviti dan misi.

7-Ramai orang melakukan kesilapan yang sama.Akibatnya,mereka hanya mendapat sedikit sahaja daripada manfaat yang boleh dinikmati dalam hidup mereka,walaupun terdapat begitu banyak peluang untuk menimba kekayaan.Kebanyakan mereka melakukan apa yang orang lain lakukan.Mereka meniru dan mengikut kaedah dan cara orang lain walaupun ianya tidak munasabah.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...