MESSAGE YANG BAIK TAPI CARA YANG TIDAK KENA……

ANDA MUNGKIN AKAN MENERIMA SMS DARI RAKAN-RAKAN ANDA YANG BERBUNYI:
“-ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!
-MUHASABAH..!!Aslkm,ini adalah KENYATAAN…..
-Saudara2ku.Rujuklah kpd Al Quran:
>TAFSIRNYA:-
1}Gempa di Padang berlaku:pd jam ‘17.16’pm
-Surah ke ‘17’
-ayat ke ‘16’
-Surah Al Isra’@m/s 283

2}Gempa Susulan:
-pd jam ’17.58’pm
-Surah ke‘17’
-Ayat ke‘58’
-Surah Al Isra’@m/s 287

3}Gempa Esoknya:
-pd jam ‘8.52’am
-Surah ke ‘8’
-Ayat ke ‘52’
-Surah Al Anfal@m/s 183

Setelah dikaji dan dilihat maksud ayat tersebut adalah:


Surah ke ‘17’ -ayat ke ‘16’
(17)Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.


Surah ke‘17’ -Ayat ke‘58’
(58)Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).


Surah ke ‘8’ -Ayat ke ‘52’

(52)(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.


1-Begitu mudah mereka mentafsir ayat-ayat Al quran mengikut tafsiran mereka sendiri dan cuba menyesuaikan keadaan yang berlaku dengan hanya merujuk masa kejadian berlaku.


2-Bagaimana si Tukang 'tafsir kejadian' ini boleh memastikan mereka-mereka ini adalah kufur?


DiAkhir sekali sms tersebut menegur secara keras sekiranya anda tidak berubah menjadi baik akan dihukum pula sedangkan siapalah kita nak menghukum orang yang kita sendiri tidak tahu si penerima sms ini?

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...