Antara Tipu dan Temberang....Anda Tentukan Sendiri


1 . Sabri dan Minyak Ron95

-Mereka kata minyak ini bagus,jimat,murah, hebat dan bla-bla-bla hakikatnya jika benar apa yang dikata kenapa mesti ada minyak lain?


2 . Guan Eng,Rumah Menteri dan sikap ingin mencontohi Tokoh Islam

-Mereka kata dia menjadikan tokoh islam yang amat berjimat-cermat sebagai model pentadbirannya dan berpindah rumah hanya kerana terdapat anai-anai serta bla bla bla.Jika benar apa dikata tidakkah kos memiliki sebuah rumah baru lebih tinggi berbanding kos memusnahkan anai-anai yang terdapat dalam rumah lamanya?Beginikah kaedah tokoh islam yang dipelajarinya?


3 . Rais,gelaran datuk dan prof

-Dia menjerit dan bertempik kesana kesini mencanang mahu dikaji semula pemberian pangkat datuk dan GELARAN kepada orang tertentu yang tidak sepatut atau layak menerimanya.Soalnya mengapa tidak dikaji saja orang yang telah memiliki dan menerima pangkat datuk dan prof sebelum ini?bukankah itu lebih mudah?Pepatah ada mengatakan Jangan nyamuk diluar kelambu nampak,nyamuk ditelinga tak dengar.


4 . Kerajaan,Boycot barangan dan Anti Israel/Amerika

-Mereka suruh anda berarak,melaung terpekik terlolong macam beruk berkempen jangan beli barang Amerika dan Israel hakikatnya kita sendiri tidak pernah melihat pemimpin berbuat sesuatu mengenainya sedangkan mereka lebih mampu berbuat begitu dari anda sendiri seperti menghentikan pembukaan cawangan baru perniagaan negara-negara tersebut di Malaysia.Malah nak tengok lambang/pelekat Anti Israel pun takda pada mereka ini.Umpama beruk dihutan disusukan,anak sendiri diberuk-berukkan!


5 . Khalid dan kroni Dasar Ekonomi Baru (DEB)

-Dia menari-nari balet sambil menepuk-nepuk perut untuk menyakinkan anda DEB bukanlah dasar yang bagus kerana ia bersifat kroni,Kalau begitu adakah sebelum ini dia juga susur galur kroni yang menjadi kaya hasil DEB?Gendang gendut tali kecapi,perut dah memboyot suka hati !!


6. Anwar dan Liwat.

-Dia memang luarbiasa dari kebiasaan,semua orang tidak boleh menafikannya termasuk dirinya sendiri..Lihat saja cara dia mencari jalan melengah-lengahkan kes liwatnya umpama ayam berlari-lari putus kepala.Luarbiasa bukan?Dah terang lagi bersuluh seperti menunggang motor sambil memasang lampu di waktu siang!!!

7. Dr Asri dan Astro

-Dulu dia laksana panglima perang menempelak dan menyalak pada orang-orang melayu yang bangga Mawi menjadi jutawan dalam Akademi Fantasia sedangkan pemilik astro dalam masa yang sama menjadi lebih Jutawan dari Mawi sendiri hasil mempergunakan Orang Melayu mengundi Mawi tetapi kini dengan bangganya Dr Asri sendiri telah berada didalam astro setiap hari jumaat.Adakah pemilik Astro menjadi miskin dan orang melayu menjadi kaya apabila Dr Asri berada didalam Astro?


8. Orang Melayu,Aidilfitri dan Airmata

-Hari bermaaf-maafan kata mereka yang mana ketika inilah orang bersalam dan berpelukan sesama sendiri sambil menangis merintih,melolong dan meraung memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan bagai keesokan harinya bakal kiamat.Adakalanya orang lain yang melihat perbuatan mereka ini walau tanpa perlu sempat bersalam sekalipun atau cukup sekadar bertentang mata turut sama menangis umpama mereka juga berpakat atau bersubahat sama melakukan kesalahan tersebut.Bila keesokan harinya tidak berlaku hari kiamat,tuturkata atau tingkahlaku yang dimohon maaf semalamnya diulang semula.Hingga kini "sains" gagal menyelesaikan persoalan bagaimana Orang Melayu mempunyai "instinct" atau keyakinan yang tinggi bahawa mereka boleh hidup begitu lama menunggu Aidilfitri untuk memohon maaf?


9. Tun Mahathir dan Tun Abdullah

-Tun Mahathir pernah menyatakan keikhlasan beliau memaafkan Tun Abdullah ketika Tun Abdullah menentang beliau dahulu dengan melantik Tun Abdullah sebagai TPM beliau.Dan semua orang telah gagal dalam cubaan menafikan hakikat ini.Tapi percayakah anda bahawa anda belum mendengar Tun mahathir memaafkan Tun Abdullah setelah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri seperti yang dimahukan.Kali ini Tun Mahathir gagal menyatakan keikhlasan memaafkan Tun Abdullah atau mungkin tokoh berdua ini segan menangis berpelukan seperti orang melayu yang lain agaknya.Pemimpin melalui Tauladan.


Kalau nak mengikut biar pintar,kalau nak menurut biarlah berakal




0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...