Mengenal Diri Sendiri dalam Tawa dan Duka..


Sila fahami dan cuba anda lihat samada diri anda dalam kategori manusia yang ini?


1-Kategori Manusia Pertama


  • Suka menyerah kalah umpama belum berlawan atau bertarung dah menangis.
  • Disudut hatinya percaya takdir malang bagi dirinya.
  • Sering cakap banyakmengenai keadaan mereka dan seringkali menyatakan kegembiraan hati mereka (syok sendiri)
  • Bangga diri untuk menutup kelemahan diri.
  • Tidak pasti arah tujuan,mengharap datang bergolek.
  • Jangankan berdoa berzikir jauh sekali.
  • Sering mengomel atau "complain" dalam kerjanya tanpa mendapatkan kerja lain.
  • Tiada pernah simpan duit dibank tapi simpan sentiasa dipoket .
  • Suka belanja orang tapi belanja orang yang sependapat dengannya sahaja.
  • Gemar mengkritik orang tapi pantang dikritik orang lain, katanya"saya ikhlas mengkritik".

2-Kategori Manusia Kedua

  • Menyerah kalah juga tapi setelah mencuba(hangat-hangat tahi ayam)
  • Mempunyai harapan untuk berjaya(mengharap agar berjaya sebelum mati)
  • Mempunyai perancangan dan pelaksanaan tapi terlalu banyak tapinya sebelum tercapai.
  • Cepat puas hati dan anggap orang yang berjaya kalau mati bukan boleh bawa duit yang banyak paling tidak suruh orang bacakan yassin buat apa belum tentu sampai katanya.
  • Takut untuk menerima cabaran lalu terus berlalu....
  • Mereka ini sememangnya hebat atau bijakpandai tapi beranggapan buat apa nak menunjuk-nunjuk sebab Tuhan marah(malas nak tunjuk kata mereka ini)
  • Mereka cepat puashati kerana mereka hidup diantara golongan miskin dan golongan kaya.Kira ok la tu hidup ditengah-tengah kata mereka lagi.
  • Rajin berdoa tapi semata-mata untuk orang lain tahu dia pandai berdoa kalau lagi panjang bacaan lagi bagus pahala banyak(pahala sikit tak pandang)
  • Berzikir adakala dengan tasbih adakala dengan batu bata supaya orang nampak alat zikirnya.
  • Dahi hitam supaya orang tahu dia sembahyang dan sujud lebih lama dari orang lain.
  • Mereka pelik jika melihat orang lain berjam-jam lamanya berkerja tapi tidak pelik jika melihat orang berjam-jam sembang direstoran mamak.
  • Mereka marah disuruh kerja lebih masa tapi tak marah jika majikan terbayar lebih gaji.Itu tak mengapa kerana majikan lebih kaya dari mereka.
  • Mereka bersungut bila gaji lambat masuk dan tetapbersungut bila duit gaji cepat keluar dari poket.
  • Menyalahkan orang kaya punca miskin.Kalau tiada orang kaya tiadalah orang miskin.
  • Bila banjir atau musibah berlaku mereka kata itu takdir tapi bila hilang rezeki,kuasa dan pangkat mereka menyalahkan manusia lain(tidak pula mereka nampak itu takdir).
  • Kalau berkata-kata bukan untuk benar tapi untuk menang.
  • Kereta wira atau buatan Malaysia tetapi letak lambang atau pelekat kereta lamborghini,Mitsubishi dsb konon untuk sentiasa ingat impian berkereta mewah,katanya.
  • Mereka ini suka enjin "power" kalau boleh enjin jet pejuang pun dia nak pasang pada kenderaannya.

3-Kategori Manusia Ketiga

  • Pernah mengaku kalah walaupun sentiasa menang.
  • Mereka tidak bergantung hidup dengan orang lain seperti monyet bergayut didahan.
  • Mereka redha semua itu berlaku izin dari Maha Esa dan percaya diaNya tidak zalim.
  • Memulakan sesuatu walaupun sedikit.
  • Berfikiran waras antara contohnya bawa laju hanya di lebuhraya bukan di Pekan atau dikanpung.
  • Keretanya tak diletak lambang atau pelekat ferrari.Walaupun mampu memilikinya.
  • Jika berdoa bacaannya pendek tapi berterusan berdoa
  • Jika berzikir hanya dia dan Tuhannya sahaja yang tahu manakala alat zikirnya hanyalah denyutan nadi.
  • Golongan ini memang kaya tapi jarang dan sukar untuk ditemui kerana mereka tidak pernah mengaku dan berlagak akan kekayaan atau kekuasaan serta kemewahan yang dimiliki.

Andalah yang tentukan diri anda sendiri!


0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...