Harapkan Pagar,Pagar Tak Boleh diharap


1-Acapkali kita dihidang tohmahan atau fitnah sesama sendiri dan serangan peribadi antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang dalam politik terutama Orang Melayu.

2-Dikala politik dikuasai sepenuhnya parti barisan nasional dahulu,hampir keseluruhan tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh parti itu disanggah dan dipertikaikan tanpa ada ruang seinci pun oleh pembangkang.Itulah kehebatan kekuatan pembangkang yang berjaya menafikan pepatah "jangan diganggu harimau yang sedang tidur"sedangkan hakikatnya harimau itu memang tidur mati!

3-Akibat terlebih tidur maka itu tercipta peluang hingga pembangkang mampu menguasai politik negara menjadi kerajaan.Yang menjadi persoalannya setelah dijadi kerajaan lain pula kerja yang dilakukannya.Antaranya mengaibkan orang yang terdahulu dengan menutup kelemahanan diri sendiri.

4-Begitu juga pada orang yang terdahulu yang memerintah,kerjanya sekarang menafikan perbuatan yang lepas tanpa rasa penyesalan dan menegakkan benang yang basah.

5-Yang dibodoh-bodohkan orang melayu la siapa lagi?Cuba anda perhatikan senario dalam politik negara kita apabila isu berkaitan tentang orang melayu, semua Orang bukan Melayu hentam,maki dan macam-macam kemudian ditambah lagi sokongan orang melayu sendiri.Apabila isu berkaitan orang bukan melayu,semua orang melayu hentam tapi ada orang bukan melayu turut serta?

6-Isu-isu ini dilayan sebegitu sekali tidak kira ia melibatkan parti pakatan rakyat atau parti barisan nasional.Jadi apakah tujuan orang melayu dilahirkan di Malaysia ini?

7-Ambil sahaja bab isu perkauman.Apabila Orang Bukan melayu memperkatakan bahawa orang melayu adalah bersikap perkauman ramai orang melayu bersatu menyokong.Sebaliknya pula apabila orang melayu mengatakan orang bukan melayu adalah bersikap perkauman tiada pula orang bukan melayu bersatu menyokongnya.Adakah Orang melayu takut bercakap benar?

8-Isu perkauman telah terang lagi nyata oleh orang bukan melayu!Bukti yang mudah,lihat sahaja suratkhabar di Malaysia ini siapa yang bersikap perkauman?kaum mana yang boleh faham suratkhabar Cina dan Suratkhabar India?Orang Melayu hanya "buta huruf dan buta kayu" ungkapan pendekar mustar dalam pendekar bujang lapok!Cuba kita tanya kaum cina dan India pula bolehkah mereka membaca suratkhabar Melayu?

9-Sebenarnya sikap Orang Melayu yang sangat sopan santun telahpun diserap ke seluruh pasukan bolasepak negara ini terbukti apabila bermain bola menentang pasukan yang lebih terkenal pun kita segan nak sumbat gol sebaliknya kita berbudi bahasa dengan membiarkan mereka menyumbat gol dalam gawang kita umpama "menghormati tetamu". "tak sampai hati nak bentes kaki mat salih yang putih tu,kesian," kata mereka!

10-Kalau anda masih tidak percaya orang melayu tidak bersikap perkauman,lihat sahajalah pengacara-pengacara berita berbahasa melayu seringkali kita melihat orang bukan melayu membaca berita atau bercakap dalam Berita berbahasa melayu tetapi pernah anda melihat dalam Berita Bahasa Mandarin atau Tamil ada orang melayu membaca berita atau bercakap dalam bahasa cina atau tamil?

Percayalah,Kalau tak KITA yang diharap jangan harap bukan Kita boleh diharap!

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...