Sebenarnya Hari Raya Puasa Untuk Orang Bukan Melayu!


1-Inilah realiti atau hakikatnya setiap kali Hari Raya menjelma ianya disambut lebih meriah dan gembira oleh Orang Bukan Melayu berbanding Orang Melayu sendiri di Malaysia.

2-Diketika persiapan ramadhan, Orang Melayu mula berniaga dibazar-bazar ramadhan.Mereka membeli payung,plastik bungkusan,kuali,periuk belanga,meja dan berbagai peralatan untuk berniaga namun setiap kali Orang Melayu cuba mencongak mengira untung RM1 maka setiap kali itulah Orang Bukan Melayu mengira untung RM3 kerana akan mendapat untung dari bakal-bakal peniaga Melayu ini.

3-Kita tidak dengki tetapi Orang Bukan Melayu masih merasa rugi kerana Orang Melayu mempunyai keistimewaan. Orang Bukan Melayu masih merasakan teraniaya kerana melihat Orang Melayu mampu berniaga walaupun dengan sekeping meja menjual kurma!!

4-Mereka takut dan mengampu kononnya Orang Melayu mempunyai kebolehan berniaga luar biasa serta mahu Orang Melayu tidak sepatutnya memiliki keistimewaan.Yang peliknya, Orang Melayu terus merasa bangga dengan pujian itu lalu bersetuju pula untuk disama-ratakan tanpa dapat membezakan antara berniaga digerai bermusim dan di kedai batu.Yang penting berniaga!

5-Apabila ramadhan berakhir maka Syawal menyusul,dikala Orang Melayu bakal menyambut kegembiraan dihari Raya tanpa mereka sedar Orang Bukan Melayu menyambut dua kali ganda kegembiraan berbanding Orang melayu kerana bukan sahaja peniaga Melayu yang berniaga dibazar ramadhan akan menguntungkan mereka malah pembeli-pembeli Orang Melayu di pasar ramadhan juga akan menguntungkan mereka.

6-Cuba tanyakan diri anda,dimanakah orang melayu membeli peralatan perabot?servis dan membaiki kenderaan,membeli alat-alat “hardware”,barangan makanan dan minuman serta pakaian ketika membuat persiapan menyambut hari raya?Semua ini dikedai dan dipasaraya Orang Bukan Melayu!

7-Soalnya Orang Bukan Melayu ini masih merasakan Orang Melayu mempunyai kelebihan dan keistimewaan dinegara ini walaupun mereka sedar kelebihan atau keistimewaan orang melayu ini hakikatnya menguntungkan Orang Bukan melayu!

8-Apabila musim raya Gong Xi Fa Cai, Orang Bukan Melayu tetap untung kerana Orang Melayu berebut-rebut membeli dan mendapatkan bahan keperluan dan perkhidmatan bimbang kerana Orang Bukan Melayu tutup kedai terlalu lama.


9-Tiba musim hari raya Aidilfitri,Orang bukan Melayu tetap meraih keuntungan malah berlipat kali ganda kerana Orang Melayu membeli dari mereka juga.

10-Dan jika bukan hari perayaan sekalipun Orang bukan melayu tetap untung kerana Orang Melayu tetap juga beli dari mereka!

11-Jangan mudah terpedaya dengan Orang Bukan Islam yang memuji agama islam sedangkan jika benar dan ikhlas apa yang dikata mengapa mereka tidak masuk agama Islam itu sendiri?


12-Kalau dah hari Raya untuk Orang bukan Melayu maka itu hanya Aidilfitri sahaja untuk Orang Melayu!

13-Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya bagi bukan Islam dan Selamat Menyambut Aidilfitri bagi umat Islam .Semoga ikatan persaudaraan sesama keluarga dan muslim dapat dieratkan .Kepada yang pulang beraya di kampung, berhati-hatilah di jalanraya dan pandu dengan cermat.



Maaf Zahir dan Batin
.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...