Semasa Islam datang menyinari dunia kegelapan masyarakat Jahiliyyah di tanah Arab, amat banyak amalan-amalan jahiliyyah yang dikikis oleh baginda Nabi s.a.w. Bermula dari upacara syirik yang besar, amalan seharian sehinggalah kepada sekecil-kecil perkara melibatkan cara bergurau dan sebagainya.
Namun demikian, TIDAK semua amalan Jahiliyyah ini dibuang terus, sebaliknya sebahagian amalan Jahiliyyah diterima oleh Islam namun dengan modifikasi, sebagai contoh sistem perhambaan, sistem peperangan, penggunaan wang emas dan perak sebagai matawang, sistem ‘Aqilah dalam kes bunuh, sistem qur'ah (cabut undi), jualan muzayadah (lelong) dan banyak lagi.
Semua yang disebut di atas diterima pakai oleh Islam tetapi beberapa restriction dan pindaan telah dilakukan oleh baginda nabi agar ia selari dengan kehendak Islam. Pada masa yang sama ia juga tidak terlalu asing dan selesa dilaksanakan oleh manusia seluruhnya.
Pada masa yang sama, banyak juga amalan jahiliyyah yang dibuang
terus dan digantikan dengan satu sistem baru yang murni lagi adil,
adakalanya ia disebut sebagai alternatif oleh masyarakat ramai.
Namun perlu diingat tidak semua perkara haram yang dilakukan
oleh masyarakat Jahiliyyahsilam dan moden,terdapat alternatifnya
oleh Islam.
Dari senarai panjang, amalan jahiliyyah yang diharam terus dan
disediakan alternatif adalah adalah riba jahiliyyah.
DEFINISI RIBA AL-JAHILIYYAH
Menurut definisinya riba Jahiliyyah adalah sebarang manfaat
atau kadar tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman
pokok yang dikenakan ke atas peminjam akibat kegagalan
membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh
yang dipersetujui.
Hasil dari kelewatan itu pemberi pinjaman memberikan kata
dua iaitu menlangsaikan hutang sertamerta atau satu kadar
bunga akan dikenakan bagi memanjangkan tempoh pembayaran
semula.
Kadar bunga itu boleh dianggap sebagai denda contoh
mudah seperti Apabila peminjam buku di perpustakaan gagal
memulangkan buku pada waktunya, pihak perpustakaan
mengenakan denda RM5 setiap hari yang lewat, ini juga
satu bentuk riba.
Justeru, jangan sesekali lewat memulangkan buku sehingga
dikenakan denda Riba. Undang-undang ini turut digunakan
oleh hampir seluruh perpustakaan di seluruh dunia termasuk
di university-universiti Islam menunjukkan kekurangan peka
di dalam bab hukum.
Beberapa ulama besar Arab Saudi bersetuju dengan fatwa yang
dikeluarkan oleh mufti besar ASrab Saudi yang menghukum haram
kepada denda kesalahan jalan raya yang digandakan jika tidak
dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.Disini...
Banyak denda atau saman trafik dan juga saman majlis negara kita yang mengenakan syarat yang sama. Jika membayar awal dalam tempoh yang diberikan, jumlah yang perlu dibayar adalah sedikit. Apabila tempoh berlalu jumlahnya meningkat 2 kali ganda.
Ulama Arab Saudi menyamakan denda tersebut adalah seumpama kita berhutang kepada kerajaan, apabila hutang menjadi berganda kerana ada tempohnya maka ia menjadi riba yang haram hukumnya.
Namun di Malaysia belum ada lagi fatwa ini dibuat.
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !