Apa Beza Motor Baru dengan Pengantin Baru?

Ya?Apa Beza motor baru dengan pengantin Baru?Anda Tahu jawapannya?Tidak tahu?Jangan terlalu lucah kerana ia boleh menyekat jawapan sebenar.

tetapi sambil anda mencari jawapannya mari kita sejarah teka-teki ini.Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar.Ini adalah teka teki tetapi jangan bersifat lucah.

Jenis-jenis teka-teki

Terdapat pelbagai jenis teka-teki yang wujud dalam dunia ini. Berikut hanyalah sebahagian daripada jenis-jenis teka-teki tersebut :-

Teka-teki tradisional Melayu

Teka-teki tradisional Melayu terkandung dalam bahagian puisi Melayu. Teka-teki jenis ini mempunyai 4 baris rangkap pantun dengan rima "abab". Contoh teka-teki tradisional Melayu ialah :-

"Akulah bola tergantung tinggi,
Menjadi pujaan seekor burung;
Apabila aku tiada lagi,
Gelap gelita hidup pun murung."

Jawapan : Bulan

Teka-teki tradisional Melayu tersebut adalah berdasarkan kepada salah satu peribahasa Melayu iaitu "pungguk rindukan bulan".

Teka-teki biasa

Teka-teki biasa mempunyai jawapan yang logik dan relevan dengan kehendak soalan teka-teki itu. Contoh teka-teki biasa :-

"Ada 3 orang dalam sebuah kapal laut; seorang nabi, seorang maharaja dan seorang hamba abdi. Kapal laut itu pun tenggelam. Antara ketiga-tiga orang tersebut, yang mana satu meninggal dunia?"

Jawapan : Hamba abdi

Hamba abdi sahaja yang meninggal dunia. Ini kerana maharaja mangkat dan nabi wafat. Maharaja dan nabi tidak memerlukan istilah "meninggal dunia".

kambing mati , diikat dikayu mati , dipukul mati-mati,apakah bendanya?

jawapa:gendang

Teka-teki gurauan

Teka-teki gurauan ialah teka-teki yang bertujuan untuk bergurau sahaja dan kebiasaannya teka-teki jenis ini mempunyai jawapan yang tidak relevan dengan kehendak soalan teka-teki itu. Contoh teka-teki gurauan ialah :-

"2 darab 2 jadi 4. 4 tolak 1 jadi 3. Jika seminggu ada 7 hari, siapakah bapa Aminah?"

Jawapan : Seorang lelaki

Teka-teki jenis ini tidak begitu menarik dan kadang-kadang boleh mendatangkan kebosanan atau kemarahan.

Info-Wiki.

Kita berbalik teka-teki "Apa Beza Motor Baru dengan pengantin Baru?"

Sukar bukan?Anda pernah membeli motor Baru,apakah kebiasaannya yang lakukan?

berilah jawapan anda diruang komen.

1 komen Orang bijak:

Nurul said...

pernah beli motor 2nd hand jer T.T....

ape2 pun rasa nak basuh n wax slalu...miahahaha

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...