Berapa bahasa anda tahu bercakap?

" Saya boleh berbahasa Mandarin kantonis Tamil Melayu " atau " saya boleh bercakap dalam 4 atau 5 bahasa Jerman dan bahasa negara dunia yang lain".Seronok bukan?

Anda tentu sekali tahu berbahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara kita sebagai rakyat Malaysia.Jika anda berbangsa Cina atau India, anda juga pasti tahu menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Kita juga pasti tahu berbahasa Inggeris kerana ia adalah pelajaran wajib di sekolah.

Rakan-rakan kita yang berketurunan Jawa, Bugis, Siam, Iban atau lain-lain juga pasti tahu bahasa masing-masing.Setiap negeri turut mempunyai dailek masing-masing yang menjadi komponen bahasa pertuturan setempat.Di institusi pengajian tinggi pula terdapat beberapa bahasa asing diajar sebagai mata pelajaran elektif seperti bahasa Jepun, Perancis, Jerman, Rusia dan lain-lain.

Jadi agaknya, terdapat berapa jenis bahasa yang tahu dituturkan oleh rakyat Malaysia?Tahukah anda terdapat berapa banyak bahasa yang digunakan oleh manusia di seluruh pelusuk bumi yang kita diami ini?Menurut satu penerbitan, Ethnologue: Languages of the World, terdapat 6,912 bahasa telah berjaya dikesan dan masih diguna di serata dunia.

Dan tahukah anda bahasa apakah yang paling banyak dituturkan?

http://www.ethnologue.com

Laman ini merupakan versi web kepada satu penerbitan yang menyenaraikan bahasa-bahasa yang masih wujud di dunia pada hari ini.Ia merupakan satu ensiklopedia yang mengkatalogkan bahasa-bahasa tersebut melalui projek-projek penyelidikan yang telah dilakukan sejak lebih 50 tahun dahulu.Beribu-ribu pakar lingustik dan penyelidik di seluruh dunia menggunakannya dan dianggap sebagai pangkalan data bahasa yang terbaik.

Ia menyediakan peta indeks bahasa negara-negara dunia, kod-kod yang digunakan, `keluarga' bahasa dan nama-nama yang digunakan untuk mewakili bahasa-bahasa itu.

http://www.worldwidewords.org/index.htm

Laman ini membincangkan tentang satu bahasa sahaja iaitu Inggeris, tetapi ia bukan seperti yang kita pelajari di sekolah.Ia menyenaraikan dan menerangkan tentang perkatan-perkataan baru yang wujud dalam penggunaan bahasa Inggeris di seluruh dunia.Pembangunan teknologi yang sangat pesat memaksa bahasa Inggeris terus berkembang dengan mewujudkan istilah-istilah baru sama ada dicipta oleh saintis atau dipinjam dari bahasa-bahasa lain.

http://www.infoplease.com/ipa/A0775272.html

Laman ini merupakan sebahagian daripada ensiklopedia dalam talian yang memuatkan pelbagai maklumat berguna.Menerusi URL yang diberi ini, anda akan temui satu jadual yang menyenaraikan bahasa yang paling ramai penutur di dunia.Percayakah anda bahawa bahasa yang paling ramai penutur adalah bukan Inggeris tetapi sebaliknya bahasa Cina (Mandarin)?

Bahasa Melayu/Indonesia berada di tangga yang kesembilan paling ramai penutur, iaitu seramai 176 juta orang. Lebih ramai dari penutur bahasa Perancis.

http://www.worldlanguage.com/

Laman ini menyediakan produk-produk jualan yang berkaitan dengan bahasa seperti kaset belajar bahasa asing, perisian-perisian komputer bukan bahasa Inggeris, alat-alat terjemahan dan lain-lain.Ia juga menawarkan perkhidmatan penterjemahan bahasa dalam talian secara percuma kepada pelayar-pelayar Internet.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...