Harga Minyak Turun Semula!!......

Siapa kata harga minyak tak boleh turun? Berikutan tekanan dan protes yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk rakyat , akhirnya kerajaan mengambil keputusan kenaikan harga minyak yang diumumkan sebelum ini telah ditarik balik dan harga minyak akan diturun semula. Macam inila…..barulah kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat.

“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. “Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga sebelum kenaikan berlaku,” katanya.

Walaubagaimanapun, tindakan dan kenyataan tersebut datang dari seorang Perdana Menteri dari Pakistan, Yousuf Raza Gilani. Mungkin selepas ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan melakukan tindakan yang sama dengan menurunkan harga minyak di Malaysia?

ISLAMABAD - Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam. Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.

“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. “Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.

Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu. Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.

Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal. Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.

Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu ‘kesilapan’ kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan ‘bertindak kebelakang’ dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat. “Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya,” kata Hillary kepada wartawan. Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP

Pakistan yang tiada simpanan minyak boleh berbuat begitu, Malaysia bila lagi? Adakah tekanan yang diberikan rakyat Malaysia tak cukup kuat? Persoalan yang ingin kami bangkitkan di sini, jikalau benar harga minyak RON 97 mengikut harga minyak mentah dunia, di mana relevennya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak RON 97 baru-baru ini apabila melihatkan carta di bawah ini, pada 4 Januari 2010, harga menjunam daripada USD91.96 setong kepada paras USD88.44 setong. Mana logiknya kerajaan Malaysiaku?

harga minyak Harga Minyak Turun Semula!!

  • Kemudian pada hari Jumaat lalu bersaman 7 Januari 2010, harga minyak setong turun lagi menjadi = USD88.19 setong
  • Malaysia naik pula harga minyak RM2.30 menjadi RM2.40 (kenaikan sebnayak 10 sen)
  • Kenapa terbalik pula jadinya sekarang?

Sumber : http://www.bloomberg.com/energy/

Kami ingin berkongsi satu wawancara yang bagus bagi isu kenaikan harga minyak. KLIK untuk pembesaran imej.

harga minyak 2 Harga Minyak Turun Semula!!

P/S : Mungkin pakar matematik terlupa nak masukkan sekali disebabkan rasuah, songlap duit dan salah orang tadbir. Kita perlu ramai lagi tokoh akademik yang seperti ini dalam negara. Bukannya profesor kangkung yang tak tahu apa itu IPP. Kasihan….

Oleh:WartaS

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...