Walcott mengambil alih jersi No. 14 yang ditinggalkan Henry pada Jun 2007, apabila pemain Perancis itu berpindah ke juara Sepanyol, Barcelona.Penjaring gol terbanyak Arsenal itu kembali ke kelab itu untuk menjalani latihan bersama Arsenal, menjelang musim baru Liga Bola Sepak Utama (MLS) untuk pasukannya New York Red Bull.
Pemain muda England itu mendakwa, di sebalik tekanan kerana menggunakan jersi nombor tersebut, ia merupakan satu penghormatan kerana berpeluang mengikut jejak idolanya.
"Ia mungkin menambahkan tekanan. Sentiasa ada berbandingan di antara saya dan Thierry, dalam cara kami berlari dan melakukan penyudah. Memakai jersi dengan nombor ini merupakan satu penghormatan.
"Saya tidak sedar ketika itu bahawa ia adalah jersi milik Thierry. Sejurus saya pulang memberitahu keluarga saya, mereka berkata, tahukah anda memakai jersi siapa?
"Dia sentiasa ada untuk saya jika saya mahu bercakap dengannya.
''Saya agak takut pada awalnya tetapi apabila saya semakin matang dan beraksi bersamanya lebih kerap, dia seorang yang menakjubkan. Memang membanggakan kerana berada bersamanya, belajar daripada yang terbaik.
"Saya menyimpan gambar bersama Thierry (ketika baru menyertai Arsenal) dan saya kelihatan takut-takut,'' katanya dalam laman webnya. - Agensi
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !