Apabila Orang-Orang Agama Bermain Galah panjang...


Rentetan Penangkapan Dr Asri oleh JAIS dan permainan galah panjang oleh Persatuan dan jabatan agama..........

JAIS(Jabatan Agama Islam Selangor)

Pengarah JAIS, Datuk Mohamed Khusrin Munawi menjelaskan, kegiatan Mohd. Asri mengadakan ceramah di Selangor tanpa tauliah JAIS memang telah dipantau sejak tiga tahun lalu iaitu ketika beliau masih memegang jawatan mufti.


‘‘Kita ambil tindakan sebab berceramah tanpa tauliah. Kalau masuk ke Selangor sepatutnya (Mohd. Asri) menghormati Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS.

‘Kita telah tulis surat kepadanya semasa beliau jadi mufti lagi, tetapi beliau tidak pernah memohon tauliah untuk berceramah agama. Tiada siapa terkecuali daripada undang-undang".

Rethorik 1-Adakah gerakan dakwah taqbligh,pendakwah-pendakwah bebas,penceramah motivasi atau pemimpin parti politik yang bercakap bab agama mempunyai tauliah dari JAIS?


"Kita menerima banyak aduan tentang kegiatan beliau sejak beberapa tahun lalu dan kita memang beberapa kali telah cuba ambil tindakan, cuma pada kali ini berjaya melaksanakan tindakan yang dirancang sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di bangunan JAIS.

Rethorik2-Bertahun memantau dan menerima aduan tapi tiada pendakwaan selepas ditangkap?


JAIS berbuat demikian kerana siasatan terhadap kes tersebut tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam untuk didakwa di mahkamah.

Rethorik3-Jika begitu apakah maksud Jais sudah "memantau" dan "melakukan tindakan yang dirancang" terhadap Dr Asri lebih dari 24 jam sebelum ini?


Mohamed Khusrin berkata, mereka yang memberi ceramah agama sepatutnya menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama Islam di negeri ini dengan mematuhi peraturan JAIS.

Rethorik4-Jika benar mengapa JAIS diarah mengadap Sultan adakah tindakan JAIS ini tanpa pengetahuan Sultan atau JAIS hakikatnya cuba menarik atau membusukkan nama baik Sultan untuk menutup keLEMAHan sendiri?


JAKIM(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Pengarah penolong Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zain AlGhari mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

'Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti 'fiqh wa usul'

Rethorik5-Dr Asri telah menunjukkan sijilnya didalam web menyebabkan timbul pertanyaan adakah penolong pengarah ini terlalu selesa duduk dikerusi empuk hingga tidak layak untuk bangun bertanya pada Dr Asri sendiri?atau sekadar menyokong JAIS membabi buta?


Beliau turut mendakwa, pendekatan Asri banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.

Rethorik6-Penggunaan ekstrem itu sendiri telah disalah tafsir oleh Pen pengarah ini,dalam dewan bahsa dan pustaka maksud ekstrem adalah keterlaluan, melampau, radikal., contoh menjadi penganas atas dasar agama,adakah Dr Asri cuba melancarkan peperangan ke atas Duli Yang Maha Mulia Dipertuan Agong?


EXCO


Excokerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung urusan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu ,Infrastruktur dan kemudahan Awam Negeri itu juga enggan menggulas tentang penahanan Mohd Asri itu.

Rethorik7-Jika tiada beri kuasa berani mempertikai hak orang yang diberi kuasa bila diberi kuasa langsung lepas tangan.Terus diam tak berbunyi.Jawatan panjang berjela dimanakah fungsinya?


"Maaf Datuk sedang bermesyuarat dan beliau enggan komen isu tersebut"

"Datuk juga beritahu dia menyerahkan kes tersebut (penahanan Mohd. Asri) kepada Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi,".

Rethorik8-Bukankah lebih baik jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam di tukar ke Pengerusi Jawatankuasa “sekali sekala” Hal Ehwal Islam?


JIM(Jamaah islah Malaysia)

"Kalau beliau ada kelayakan itu, maksudnya beliau layaklah untuk diberi tauliah. Beliau kena ikut apa kelayakan yang perlu daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)," kata presiden JIM Zaid Kamaruddin.

Rethorik9-Adakah garispanduan "tauliah" yang diberikan oleh JAIS?


"Kita tahu memang Jais ada kuasa untuk tangkap orang, tetapi betulkah semua penceramah di semua masjid di Selangor ini ada tauliah?" katanya lagi.

10-Mula-mula sokong kemudian pertikai pula?Bagaimana boleh sokong dalam was-was?


32.Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)


1 komen Orang bijak:

Mknace said...

:) :) :)
no further comment
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...