Mencapai Prestasi luar Biasa

Mencapai Prestasi luar Biasa

Ada kalanya hidup kita seolah-olah dalam dunia serba 'tidak berapa baik' atau 'mediokriti'. di mana 'cukup baik' menjadi ~ ukuran piawaian dan kecemerlangan tidak lagi menjadi buruan. Mungkin ini disebabkan kita takut menerima kegagalan atau ingin mengelakkan kekecewaan akibat 'ketidaksempurnaan'. Vince Lombardi pernah berkata, "Kesempurnaan tidak boleh dicapai. Tetapi jika kita mengejar kesempurnaan, kita mungkin mencapai kecemerlangan".

Penghasil kadang kala merasakan bahawa mereka boleh mencapai jumlah akaun, hasil atau premium besar yang membolehkan mereka hidup senang lenang dan bergoyang kaki. Walaupun pencapaian masa lalu perlu diberi pengiktirafan dan ganjaran, adalah amat penting bagi mana­mana organisasi yang benar-benar ingin membangunkan budaya berasaskan jualan untuk menuntut komitmen yang lebih tinggi daripada pasukan jualan. Untuk menjadi luar biasa, seseorang perlu beroperasi pada tahap "terbaik dalam kelasnya" dan setiap orang dalam hidupnya mesti berusaha untuk menjadi sebaik mungkin.

Orang-orang yang berprestasi luar biasa selalunya mempunyai ciri-ciri berikut:

Mereka berani menaruh impian.

Orang-orang yang berprestasi luar biasa mempunyai keinginan yang membara dalam jiwa mereka dan kesungguhan yang sentiasa membakar semangat mereka. Mereka memiliki apa yang disifatkan sebagai cita­-cita besar dan berusaha setiap hari untuk mencapainya. Pada masa yang sama, mereka fleksibel. Mereka tahu bahawa dari masa ke masa batu besar akan jatuh tergolek menyekat laluan mereka dan mereka akan melepaskan diri dengan berjalan mengelilinginya. Tetapi mereka tidak pernah bertolak ansur dalam usaha untuk mencapai impian mereka. Apakah impian anda dan apakah yang anda lakukan untuk mengejarnya?

Mereka membina hubungan yang berkualiti.

Orang-­orang yang berprestasi luar biasa sentiasa meluaskan rangkaian hubungan peribadi masing­-masing. Mereka menyedari pentingnya sahabat hsrridcri dan saudara mara serta kerjasama berpasukan dengan rakan-rakan setugas dan professional lain. Mereka rapat dengan orang-orang yang menyokong dan menggalakkan mereka dalam usaha untuk mencapai impian mereka, bukan dengan orang-orang yang menyimbah air ke atas semarak api mereka. Bila rangkaian anda cukup kuat, jawapan kepada sebarang soalan dan masalah sentiasa boleh didapati menerusi panggilan telefon. Hubungan dengan pelanggan juga penting. Bila pelanggan anda menjadi penyokong anda, panggilan anda pasti akan dijawab.

Mereka menggunakan masa mereka secara bijak.

Kejayaan datang dari keinginan untuk berjaya. Kita semua dikelilingi orang-orang yang suka membuang masa dan sentiasa memesongkan kita dari tumpuan terhadap usaha untuk mencapai matlamat dan impian kita. Orang-orang yang berprestasi luar biasa memanfaatkan setiap saat yang ada. Mereka bertindak dan melaksanakan rancangan. Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan adalah hasil daripada perancangan rapi dan kemahiran pelaksanaan. Luangkan sedikit masa untuk mengenal pasti orang -orang yang suka membuang masa anda, dan potong nama mereka daripada senarai ternan-ternan anda.

Mereka mencontohi orang-orang yang berjaya.

Orang-orang yang berprestasi luar biasa mempunyai mentor atau seseorang yang dicontohi yang menjadi pendorong mereka untuk bergerak ke arah yang betul. Bila mereka menempuh halangan, mereka dapat menghubungi individu yang pernah mengatasi rintangan dalam perjalanan menuju kejayaan dan mendapat 'motivcrsi untuk terus bergerak. Mereko bukan ikon. Mereka adalah orang-orang biasa yang boleh disentuhi dan dihubungi. Siapakah orang yang paling anda kagumi? Siapakah antara mereka yang boleh dijadikan mentor? Pernahkah anda meminta bantuan mereka?

Mereka menggambarkan kejayaan.

Bila anda memerhatikan atlit bersiap sedia untuk memulakan perlawanan, biasanya anda melihat mereka memejamkan mata, mengatur pergerakan dan melatihkan apa yang akan mereka lakukan dalam fikiran. Ketika itu. Mereka tidak pernah menggambarkan diri mereka terlanggar palang, tersilap langkah atau tersalah pukulan. Anda mesti menggambarkan kejayaan. Dan anda perlu membuat latihan.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...