PERWATAKAN:CIRI-CIRI PEMIMPIN

PERWATAKAN:CIRI-CIRI PEMIMPIN

Seseorang yang memegang pucuk pimpinan biasanya mempunyai perwatakan yang sudah dibentuk lama sebelum itu. Menukar perwatakan seseorang adalah tugas getir yang memakan masa yang lama, dan anda tidak mungkin dapat melakukannya. Berikut serba sedikit mengenai perwatakan yang menjelaskan mengapa ia dianggap sebagai satu ciri wajib bagi pemimpin:

Satu tinjauan baru-baru ini di kalangan eksekutif mendapati bahawa 71 % daripada mereka percaya bahawa perwatakan adalah ciri paling penting yang mesti dimiliki oleh seseorang yang ingin menjadi pemimpin korporat. Perwatakan adalah titik kepercayaan yang menghubungkan pemimpin dengan pengikut mereka.

Keupayaan Boleh Membawa Anda Ke Atas, Tetapi Perwatakan Akan Mengekalkan Anda DiSitu.

Hakikat yang menyedihkan ialah anda tidak boleh naik ke atas dalam dunia perniagaan, politik dan perjuangan menegakkan agama jika anda mempunyai perwatakan yang buruk. Ini sebenanya berlaku sepanjang masa. Orang yang mempunyai perwatakan yang buruk biasanya hanya menunggu masa untuk membinasakan diri mereka sendiri.

Perwatakan Tidak Dibina Dalam Krisis, la Didedahkan Dalam Krisis.

Apabila melalui saat-saat genting, seseoranq tidak membina perwatakan tetapi mendedahkan perwatakan. Walau apa pun perwatakan yang dimiliki, atau tidak dimiliki, segala-galanya akan terserlah. Apa yang anda lihat apabila ini berlaku adalah keadaan sebenarnya.

Kalau Seseorang Tidak Jujur Bila Melakukan Perkara Kecil, Keadaan Akan Menjadi Lebih Teruk Bila Melakukan Perkara Besar.

Satu kesilapan yang biasa dibuat oleh pemimpin ialah membiarkan kakitangan mereka melakukan perbuatan kecil yang tidak jujur: pembohongan kecil, kelemahan kecil, pertukaran perwatakan untuk disesuaikan dengan keadaan, kekurangan minima dalam kira-kira kewangan dan sebagainya. Sebab pembuat kesalahan kecil ini tidak melakukan lebih banyak kemusnahan ialah kerana mereka tidak mendapat peluang. Bila anda menutup mata kepada perbuatan kecil yang tidak jujur, anda akan menerima padahnya bila "penjenayah kecil" ini membuat keputusan untuk menjadi penyangak besar.

Perwatakan Yang Baik Bukan Diukur Daripada Kejujuran Dan Integriti Semata-Mata.

Kelemahan perwatakan baleh dilihat dalam banyak perbuatan lain selain daripada berbohong, menipu dan mencuri. Kegagalan untuk menyiapkan tugas pada waktu yang sepatutnya, tidak kuat semangat ketika berhadapan dengan kesulitan, enggan bertanggungjawab terhadap perbuatan sendiri, tidak baleh diharap dan tidak setia, tidak mempunyai etika kerja serta membuat keputusan dan bertindak berasaskan motivasi yang salah juga memperlihatkan kelemahan perwatakan.

Pemimpin Yang Menjaga Perwatakan Mereka Juga Sedar Bahawa Perbezaan Antara Kesilapan Manusia Dan Konspirasi Besar lalah Pengakuan Kebenaran Sebelum Isu Terbongkar.

Pemimpin terbaik melakukan perkara yang betul tanpa mengira kos; sekalipun mereka nampak tewas dalam jangka pendek apabila melakukan perkara yang betul. Selidik dahulu perwatakan orang yang anda akan naikkan pangkat atau bawa masuk ke dalam organisasi anda.

Jangan terlepas pandang padahnya jika anda mengendurkan piawaian semata-mata untuk disesuaikan dengannya. Orang itu yang sepatutnya menyesuaikan diri dengan piawaian anda.Dan jika anda sendiri perlu memperbaiki perwatakan anda, ingatlah bahawa kelemahan perwatakan akan menghalang anda daripada mencapai potensi sebenarnya. _


0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...