Keutamaan Kerja anda
Faktor penting dalam usaha menumpukan perhatian kepada pencapaian ialah menentukan tugas yang perlu diberi tumpuan! Ramai orang bekerja keras sepanjang hari melakukan kerja-kerja yang sebenarnya tidak mempengaruhi kualiti kerja mereka.
Artikel ini memberi tumpuan kepada perkara penting - menentukan apa yang anda minati, memahami kekuatan dan kelemahan anda serta menentukan apa sebenarnya tugas anda dan apa yang ditakrifkan sebagai pencapaian cemerlang.
Membuat kerja yang anda minati
Anda perlu meminati tugas anda demi kesejahteraan hidup anda. Sekiranya anda pada amnya tahu apa yang anda suka dan tidak suka, anda boleh mengubahsuai tugas anda supaya merangkumi kerja-kerja yang anda minati. Ini sangat penting kerana anda mungkin menjalankan tugas dengan lebih berkesan sekiranya anda suka apa yang anda lakukan.
Harus diingat bahawa hampir setiap tugas mempunyai unsur-unsur membosankan atau kurang menyenangkan - namun ia masih perlu dilakukan dengan baik. Anda boleh mengurangkan tugas-tugas seperti ini secara beransur-ansur.
Memberi tumpuan kepada kekuatan anda
Anda juga perlu tahu di mana bakat dan kelemahan anda. Satu cara yang baik untuk membuat penilaian ialah dengan menjalankan analisis SWOT. Kaedah ini merupakan satu pendekatan formal untuk menilai kekuatan dan kelemahan anda serta mengenal pasti peluangpeluang dan ancaman yang dihadapi. Anda perlu mencari tugas yang sesuai dengan kekuatan anda, dan memastikan kelemahan anda tidak akan menjejaskan prestasi dalam tugas tersebut. Harus diingat bahawa hampir setiap tugas mempunyai unsur-unsur membosankan atau kurang menyenangkan - namun ia masih perlu dilakukan dengan baik. Anda boleh mengurangkan tugas-tugas seperti ini secara beransur-ansur.
1 komen Orang bijak:
Terima kasih atas perkongsian bijak ini. Memang sungguh membosankan dengan rutin kerja .... apakan daya, sudah tetap & berpencen. Anaslisi SWOT itu sati idea yang sangat bijak!
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !