20 Langkah Untuk Anda Diingat

20 Langkah untuk anda diingati

Anda boleh menjadikan diri anda lebih mudah diingati oleh semua orang yang anda temui. Dengan mengikuti kaedah di bawah, anda bukan sahaja menjadi lebih mudah dikenang, malah anda akan menarik lebih ramai pelanggan, mengekalkan mereka dan mendapat rujukan yang diingini. Amalkannya mulai HARI INI!

· Perkenalkan diri anda kepada orang lain. Tidak kira di mana anda berada, anggaplah diri anda tuan rumah. Anda harus menjadi orang pertama untuk menegur dan bertanyakan khabar.

· Cuba sedaya-upaya untuk mengingati nama orang lain. Seperti kata Dale Carnegie, "Bunyi paling sedap didengar oleh seseorang ialah nama mereka."

· Kekalkan hubungan mata dan ukir senyuman apabila bertemu seseorang. Cara terbaik untuk membina hubungan ialah menerusi deria mata.


· Pastikan semua orang terasa seperti diri mereka amat penting dengan memberi mereka perhatian penuh. Anda perlu masa untuk pakar dalam hal ini. Apabila anda bercakap dengannya, dia membuatkan anda merasakan seolah-olah andalah satu-satunya orang yang ada dalam bilik.

· Tunjukkan kepada orang lain bahawa anda suka berbual dengan mereka. Jangan menguap, kelihatan bosan atau memandang ke sini sana.

· Pupuk minat dan kesungguhan untuk mengenali orang lain.

· Dengar, Dengar dan Dengar. Anda juga bukan sahaja akan lebih disukai, tetapi anda akan mula memahami kemahuan, keperluan dan keinginan seseorang.


· Tunjukkan minat terhadap pelbagai perkara dan terhadap kehidupan. Orang lebih suka mendekati mereka yang ceria, positif dan menarik.


· Tunjukkan sifat kelakar anda. Orang akan mengingati sesuatu yang kelakar berbanding dengan perbualan biasa.

· Anda seharusnya bijak berbual tentang pelbagai topik. Ikuti perkembangan semasa.


· Bercakap dengan ringkas. Beritahu apa yang anda mahu dalam beberapa ayat singkat.


· Bercakap dengan gaya bahasa mereka. Gunakan gaya komunikasi mereka. Sebagai contoh jika seseorang hanya mahukan fakta, jangan bercerita atau memberi contoh panjang lebar.

· Bertolak-ansur terhadap orang yang mempunyai fahaman politik yang berbeza dengan anda.

· Jemput orang lain untuk makan tengah hari, makan malam dan menyertai kegiatan sosial lain.


· Minta pendapat mereka.


· Jangan menyampuk.


· Gunakan gerak badan positif. Gunakan teknik berikut - Senyum; Kedudukan badan terbuka; Membongkok sedikit ke depan; Janqan mengganggu kawasan mereka; Memandang mata mereka; Mengangguk sebagai tanda anda faham.


· Serlahkan personaliti sendiri, Nikmati perbualan.


· Berikan lebih daripada yang dijangka. Denqan kata lain, berikan lebih daripada yang anda janjikan.


· Puji orang lain kerana pakaian, kelakuan atau kata-kata mereka, tetapi dengan ikhlas.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...