33 Pengusaha Bertaraf Jutawan


BERMUTU...Mohamed Isa (tiga dari kiri) bersama Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab (dua dari kiri) melawat  gerai promosi produk usahawan Sawari Felda, semalam.
NILAI keseluruhan aktiviti perniagaan peneroka rancangan Felda tahun lalu mencatat kutipan sehingga RM1.06 bilion iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding 2006 sebanyak RM550 juta.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad berkata, pencapaian itu memberi kesan positif kepada jumlah pendapatan pengusaha dengan pendapatan purata bulanan mencecah RM2,442 setiap orang.


“Lebih 36,000 warga peneroka membabitkan diri dalam bidang keusahawanan yang dijalankan Felda melalui penyediaan latihan, dana pinjaman perniagaan, khidmat sokongan dan kemudahan infrastruktur kepada mereka.“Daripada jumlah itu, seramai 33 pengusaha bertaraf jutawan dengan pendapatan tahunan perniagaan mereka melebihi RM1 juta,” katanya ketika merasmikan majlis promosi produk usahawan Satu Wilayah Satu Industri (Sawari) Felda di pusat beli-belah Jusco AEON AU2 di Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam.

sambungan


0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...