Pembedahan Otak...

1-Seorang petani di Nebraska terkenal kerana tanaman jagungnya yang memenangi anugerah.Setiap tahun,beliau menyertai pertandingan pesta pertanian dinegerinya dimana jagungnya memenangi reben biru(the best of the best la tu..)

2-Dalam satu temuramah dengan seorang pemberita TV,dia menceritakan rahsia kejayaannya.Pemberita itu mendapati petani ini berkongsi benih jagungnya dengan jiran-jirannya dikampungnya.

3-"Kenapa anda sanggup berkongsi benih jagung terbaik anda dengan jiran-jiran walhal mereka juga menyertai pertandingsn jagung bersama-sama anda setiap tahun?" pemberita bertanya.

4-"mengapa tidak?,tidakkah awak tahu ?Angin terbangkan debunga dari jagung saya yang masak ke ladang-ladang lain.Begitu juga sebaliknya.Jika jiran-jiran saya menanam jagung yang tidak bermutu,pedebungaan bersilang akan menurunkan kualiti jagung saya.Kalau saya mahu jagung yang baik,saya mesti membantu jiran-jiran saya menanam jagung yang baik juga" jawab petani itu.

5-Petani ini amat menyedari tentang jalinan kehidupan.Beliau tidak boleh menghasilkan jagung yang bermutu tinggi jika jiran-jirannya juga tidak menanam jagung yang bermutu tinggi.

6-Begitulah juga keadaanya dalam aspek kehidupan yang lain.Mereka yang ingin hidup aman damai mesti membantu jiran-jiran hidup dalam aman damai.Mereka yang ingin hdup senang mesti membantu hidup orang lain senang,kerana nilai kehidupan diukur oleh kehidupan yang kita lakukan.Dan mereka yang ingin hidup gembira mesti membantu orang lain mencari kegembiraan,kerana kesejahteraan setiap orang terikat dengan kesejahteraan orang lain.

7-Sebenarnya suruhan-suruhan ini telah lama ditegaskan didalam Al Quran Surah An Nisaa' ayat 36:
"Hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".


0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...