Sebelum dan Selepas...


1-Sebelum majilis Perkahwinan kata mereka "Kami mahu Tetamu pulang dengan gembira dan berharap mereka memuji kemeriahan majlis dengan makanan,pakaian pengantin serta hiburan yang menghiburkan.Kami pasti berbesar hati dan gembira walau berbelanja besar kerana mereka akan mengenangkannya sampai mati". Selepas majlis Perkahwinan mereka kata "Kami mula melihat hutang menimbun.Kini,kami telah berkahwin dan semakin kurang bersua muka dan berbual kerana terpaksa kerja lebih masa selama mungkin untuk melangsaikan hutang kami".



2-Sebelum memiliki kad kredit kata mereka "Saya mesti seronok jika memiliknya kerana tidak perlu bawa wang tunai yang banyak dan lebih mudah lagi kalau mahu ke tempat yang belum pernah dikunjungi kerana ".Selepas memiliki kad kredit mereka kata "Saya menjadi gila belanja dan tidak dapat menahan dari membelinya kini saya lebih sukar kerana bank telah membatalkan kad kredit saya dan mengancam untuk menyaman kerana gagal membayarnya semula".



3-Sebelum membeli rumah kata mereka "Kami perlu membelinya sekarang sebelum harganya naik,tidak perlu risau kerana simpanan kwsp.Untuk ubahsuai kami gunakan wang simpanan yang ada".Selepas beli rumah mereka kata"Kami kekurangkan duit kerana ubahsuai dan bayaran maintenance malah terpaksa berhutang untuk membeli barang perabot dan barang elektrik".



4-Sebelum membeli kereta kata mereka "ia penting sebab memudahkan kami pergi kerja dan membawa keluarga berjalan-jalan pasti menyeronokkan".Selepas membeli mereka kata "Hidup kami bertambah sukar kerana perlu menghadapi kesesakan jalan, harga minyak yang naik,harga insurans yang mahal dan kos penyelenggaraan yang tinggi".



5-Sebelum mula kerja kata mereka "Saya pasti dapat hidup senang kerana saya akan mula kerja dan pasti akan bagi duit pada mak,ayah,paklong dan semua adik beradik serta dapat mengumpul duit".Selepas berkerja mereka kata "Saya tidak pasti kemanakah wang saya dibelanjakan,saya sekadar belanja mengikut kedudukan jawatan saya.Baju baru,makan direstoran mewah dan bayar yuran keahlian kelab.Kamu harus faham, saya harus menjaga imej saya.Lebih-lebih lagi saya menyewa di kondominium dan membayar ansuran kereta.Itu saja,saya tidak belanja lebih daripada rakan rakan saya!".



6-Sebelum membaca blog ini kata mereka "Semua blog sama je nak buat iklan lepas tu dapat duit".Selepas membaca blog ini mereka kata "saya tak kata blog ni tapi banyak blog lain yang macam tu..".



7-:P

1 komen Orang bijak:

yaya salvatore said...

tetibe yaya rase takowt nak kawen. hehe :D

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...