1-Semua pihak banyak memperkatakan tentang Ops sikap .Pihak Polis dari dulu lagi kata Pasukannya tidak gagal tapi pemandu yang mengagalkan Ops Sikap .Apa nak hairan,Penjawat Awam pun sekarang dah pandai mula bermain rethorik politik.Kalau ditanya "kenapa tak jaga kat situ?" jawabnya "Sebab tak jaga kat sini..."..
2-Jika situasi Peningkatan kemalangan dapat diturunkan atau di atasi,maka sudah yentu pihak tersebut mencanangkan kehebatan atau keberkesanan Operasinya.Kekadang cara bergambar lagi menarik dari usahanya.
3-Seperti biasa,Kita disuruh mencontohi negara maju yang kadar kemalangannya rendah.Benar,tapi adakah kemudahan atau prasarana atau sistem jalanraya di Malaysia seperti negara maju?
4-Di Japan dengan sistem GPS disana.Mereka lebih awal mendapat tahu kedudukan,kesesakan atau sebarang maklumat sebelum melakukan sebarang perjalanan melalui sistem tersebut.Apabila melebihi had laju sistem tersebut turut berfungsi sebagai peringatan malah juga dinyatakan kedudukan pihak polis yang membuat operasi.Jadi layakkah kita menyamakan pemandu diNegara maju tersebut dengan Malaysia?
5-Ambil saja kesesakan jalanraya diMalaysia,memang kita diberitahu keadaan disesuatu jalanraya/lebuhraya seperti itu soalnya adakah alternatif lain selain jalan tersebut?kalau setakat ada satu jalan alternatifnya baik jangan mendabik dada untukmembandingkan dengan negara Maju.
6-Bagaimana dengan kepantasan Polis trafik bertindak terhadap sebarang kejadian yang berlaku dijalanraya?Tidak dinafikan mereka memang pantas terutama ketika mengiringi Orang-orang tertentu.Semua orang mengakuinya.
7-Secara jujur jauh disudut hati rakyat Malaysia tetap berasa bangga terhadap pihak berkuasa apatah lagi dengan kemampuan memiliki kenderaan polis yang baru seperti Evo Lancer 10 yang canggih bakal memantapkan keupayaannya selain menghalau orang-orang yang berehat atau bersantai di dataran merdeka sedangkan operasi tersebut tidak memerlukan kereta berkuasa tinggi seperti itu.
8.Tahniah dan syabas buat KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar atas perlantikannya. Tahniah! sekali lagi!
8.Tahniah dan syabas buat KPN yang baru Tan Sri Ismail Omar atas perlantikannya. Tahniah! sekali lagi!
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !