Padah Tertikam Diri Sendiri


1-Buah Khuldi,Adam dan Hawa-Apabila makan buah khuldi di syurga maka menyebabkan terbentuknya halkum pada Adam dan buah dada pada Hawa.Beginilah gambaran oleh mereka yang percaya sedangkan tidak ada dalam mana-mana hadis malah Quran juga tidak menceritakannya sebegitu.

2-Malam tujuh lekur -Mereka memasang pelita di malam ke 27 biasanya pada bulan ramadhan.Tidak pasti kenapa dilakukan mungkin untuk djadikan landasan bagi memudahkan malaikat mendarat kebumi.Sedangkan pelita yang menyalakan api itu tidak ubah kepercayaan agama hindu yang sentiasa digunakan dikuil.

3-Air Jampi-Mereka percaya dengan minum air yang dijampi oleh orang tertentu boleh lulus peperiksaan.Tidak membaca buku malah merempit,ponteng sana sini,tapi bila tiba hari peperiksaan ibubapa berjumpa ustaz suruh jampi air untuk anak minum supaya jadi cerdik semasa jawab soalan peperiksaan.Untuk menuntut ilmu mesti melalui prosesnya bukan shortcut seperti itu.

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Memang benar nabi juga menjampi tetapi jampi kepada penyakit bukan jampi perangai tak elok jadi elok.

4-Bahasa arab-Mereka taksub dan teruja lebih-lebih lagi kalau boleh melagukan bahasa arab seperti Berzanji.Tapi tahukah makna bahasa arab yang dibacakan itu?Diawal berzanji itu bermaksud "aku memulakan karanganku ini dengan zat yang maha tinggi"?(tiada disebut nama pengarangnya) soalnya siapa yang karang?berbahasa arab tidak boleh jadi bila pula orang yang berzanji itu karang?malah terdapat juga unsur-unsur syiah kerana terdapat imam-imam syiah didalamnya.Benarkah malam nabi lahir,unta-unta bercakap dalam bahasa arab yang fasih?Benarkah yang sambut nabi lahir adalah asiah isteri firaun,mariam ibu nabi isa dan wanita-wanita syurga?.Baca dan fahamilah maksudnya.

5-Hantu dan bomoh-Mereka ini apabila mengalami masalah kesihatan pasti menyalahkan hantu.Sakit perut,pening kepala,kanser semuanya hantu punya kerja.Hantu pun frust tertekan dan stress akibat tuduhan sebegini.Jika hantu boleh buat demonstrasi bantahan pasti mereka akan tujukan kepada mereka-mereka ini.Ini semua kerja bomoh, mereka tidak mahu menampakkan kelemahan/kebodohan lalu mereka menyalahkan sesuatu pihak yang tidak boleh membela diri iaitu hantu.

6-Kesihatan-Mereka menjaga kesihatan,berjogging,pergi gym angkat besi,melakukan senaman di spa,di atas belon besar,menari poco-poco dan macam-macam lagi hingga berjam-jam lamanya sampai berpeluh-peluh,yang pengsan pun ada serta menjaga pemakanan,diet dll.Tapi mereka juga merokok,Apalah guna menjaga kesihatan diri dan makanan itu?Lepas mulut buaya sengaja masuk mulut harimau dengan sedar..

7-Pepatah-Mereka sering menggunakan pepatah yang tidak logik dan mustahil dilakukan.Antaranya anda pasti ada mendengar pepatah "Menyelam sambil minum air".Pernahkah anda melakukankannya?Cubalah sendiri anda akan tahu sejauhmana kebenarannya.Selamat mencuba!

Jangan sampai anda tertikam diri sendiri!Ya!anda yang sedang membaca blog/post ini.


0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...