Terkini:Tsunami di Japan

32 orang telah disahkan terbunuh selepas gempa berkekuatan 8.9 melanda timur laut Jepun, menyebabkan tsunami setinggi empat meter sepanjang bahagian garis pantai negara pada Jumaat 11 Mac 2011

Televisyen Jepun NHK melaporkan banyak kecederaan dan kerosakan berlaku akibat tsunami besar di sebelah utara dengan kereta, lori dan rumah yang hanyut di kota Onahama di wilayah Fukushima.

Polis berkata sekurang-kurangnya satu orang maut dalam runtuhan rumah di Wilayah Ibaraki Jepun. Tujuh kematian lainnya dilaporkan di tiga wilayah yang lain.

Jgn Klik


Perdana Menteri berkata dalam sebuah televisyen bahawa kerajaan sedang berusaha sedaya yang mungkin untuk meminimumkan kerosakan akibat tsunami ini.

Beberapa loji kuasa tenaga nuklear di kawasan-kawasan ini secara automatik ditutup, tetapi tidak ada kebocoran bahan radioaktif.

Ketika ini anggota penyelamat PBB bersedia untuk pergi ke Jepun untuk memberikan bantuan.

Badan meteorologi Jepun memberi amaran bahawa tsunami setinggi 6 hingga 10 meter boleh menyerang pantai dekat wilayah Miyagi, paling dekat dengan pusat dan US Geological Survey mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik seluruh Jepun.

Jgn Klik


Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii telah memperluaskan amaran tsunami merangkumi sebahagian besar Lautan Pasifik, termasuk Rusia, Filipina, Papua New Guinea, Hawaii, Australia, New Zealand dan pantai Pasifik Amerika Selatan tetapi tidak termasuk Amerika Utara.

Beberapa gempa bumi melanda wilayah ini dalam beberapa hari ini, termasuk gempa 7.2 skala Richter pada hari Rabu.

Gempa ini merupakan yang terbesar dalam 140 tahun. Ini melampaui gempa Great Kanto pada tahun 1923, yang berkekuatan 7.9 dan mengakibatkan lebih dari 140,000 orang terbunuh di daerah Tokyo.

Klik sini








9 komen Orang bijak:

ADLIL RAJIAH said...

dasyatnyaaaaa nauzubillahhhh...

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

nohoho =) said...

syukur duduk malaysia

Nadhirah AR said...

astaghfirullahhalazim . semoga semuanya cepat kembali pulih .

Mime MF said...

ad gak tgk video pasal tsunami ni td..
takut sgt..
teringat tsunami 26 Dec..

astheams said...

Berlindung kepada Allah

fathiah said...

moga semua nye selamat dan keadaan kembali pd asal.

nabByla said...

takziah pada mereka di sana. moga dlm keadaan baik2 jew. huhu..

cdsite said...

Ketentuan Ilahi..semoga menjadi iktibar kita semua.

Santan Berlada said...

ksian kan...
smoga dorg tabah...^^

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...