' Mr Universe' Arnold Schwarzenegger dan Jack Nicklaus

Adakah anda percaya bahawa daya imaginasi kita boleh membawa kejayaan?Arnod Schwarzenegger(Arnold Susah nak eja) telah merangkul gelaran sebanyak 7 kali.Namun,beliau tidak memenanginya dengan hanya mengangkat besi.Sebagai rutin latihannya,beliau kerap menyendiri disatu sudut gimnasium dan membayangkan dirinya memenangi gelaran itu lagi.

Jack Nicklaus,pemain golf profesional yang disegani menjelaskan tekni imaginasinya:

"Mula-mula,saya 'melihat' bola ditempat yang saya kehendaki-bola comel dan putih itu terletak megah diatas rumput hijau.Kemudian gambaran berubah dan saya 'melihat' bola bergerak menuju kesitu ;sepanjang laluan,trajektori dan bentuk,juga mendarat ."Lepas itu," kata Nicklaus "gambaran menjadi samar-samar dan seterusnya saya mengambarkan diri saya membuat hayunan dan pukulan yang akan merealisasikan imej-imej yang sebelumnya,".

Mungkin anda pernah mendengar cerita seorang tahanan perang yang menghabiskan masa bertahun-tahun dalam kurungan bermain golf-dalam fikirannya.Apabila dia bebas dan pulang ke California,satu daripada keinginan pertamanya ialah menuju ke padang golf yang terdekat.Dia amat terkejutdengna kemajuannya dalam permainan golfnya.Daya imaginasinya telah mempertingkatkan kemahiran fizikalnya.

Jesteru itu berlatihlah "melihat" diri anda 'menang' hari ini.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...