Rama-rama bermata lembu...



1-Pada suatu hari,seorang lelaki terjumpa kepompong rama-rama.Beberapa jam kemudian,beliau ternampak lubang kecil pada kepompong tersebut.Berjam-jam dia duduk memerhatikan si rama-rama dalam kepompong berjuang untuk melepaskan diri badannya keluar dari lubang kecil itu.

2-Akhirnya.setelah melihat si rama-rama gagal melepaskan diri walaupun telah mencuba dengan sedaya-upaya,lelaki itu membuat keputusan mudah untuk menolong.

3-Tanpa fikir panjang,dia mengambil gunting dan terus mengunting kepompong,membolehkan si rama-rama keluar dengan cepat dang mudah.

4-Tetapi malangnya ada yang tidak kena,Badang rama-rama bengkak dan sayapnya kerepot.Lelaki itu terus memerhatikan si rama-rama,dengan harapan sayang si rama-rama akan kembang dan membesar bila-bila masa,untuk menyokong badannya yang akan mengecut.

5-Sangkaannya meleset.Sebaliknya,si rama-rama terpaksa menghabiskan seluruh hayatnya dengan merangkak,dengan badannya bengkak dan sayapnya yang cacat.Dia tidak dapat terbang seperti rama-rama lain.

6-Mungkin niat lelaki itu baik yang prihatin dan murni tetapi cara yang tidak betul.Dia tidak faham bahawa kurungan kepompong dan perjuangan si rama-rama untuk melepaskan diri dari lubang kecil adalah cara alam memaksa bendalir dari badan rama-rama ke sayapnya supaya bersedia untuk terbangsebaik sahaja ia berjaya melepaskan diri dari kepompong.Inilah lumrah alam.

7.Adakala hidup kita memerlukan perjuangan.Jika Allah membenarkan kita melalui perjalanan hidup kita tanpa rintangan,kita akan lumpuh.Kita tidak akan menjadi segagah diri kita pada hari ini.Malah,kita juga tidak akan" terbang".

8.Dan janganlah sesekali kita berputus-asa sehingga mahu agar Allah mempercepatkan hayat kita.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...