Cari Persamaan Bukan Perbezaan

06/09/2009-Ahad-Mingguan Utusan-bhgn. Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

1-Saya amat kagum diatas keperihatinan isteri Tengku mahkota terhadap isi perkauman yang berlaku.

2-Malangnya sikap kekaguman beliau pula lebih kepada kaum lain mengatasi kaum sendiri

3-Saya juga tidak pasti sejauh mana kebenaran islam diterima sebagai agama rasmi negara lebih-lebih lagi apabila hak minoriti lebih diutamakan berbanding majoriti.

4-Dipandang tinggi oleh negara-negara bukan islam yang diperkatakannya juga adalah agak pelik kerana negara bukan islam manakah yang dimaksudkannya? tak mungkin singapura kerana kita tak mampu membuat keputusan tanpa izinnya apatah lagi Amerika syarikat 'ayahandanya' adalah pembuat dasar bagi landskap dunia.

5-Beliau juga turut tersentuh emosi dek kerana AJK beragama hindu dlm PBSMnya mengingatkan tentang bantuan OKU beragama islam dimenjelang raya.

6-Namun,tidakkah beliau tersentuh emosi mengenangkan betapa orang islam melayu terdahulu memberi bantuan "kewarganegaraan" kepada nenek moyang AJK beragama hindu beliau dengan kasih sayang ?

7-Apakah kita perlu melupakan segala jasa baik orang-orang terdahulu yang terpaksa berkongsi harga diri mereka dengan bangsa asing hanya kerana tersentuhnya emosi kita.

8-Orang-orang islam melayu terdahulu melakukannya juga atas dasar mempertahankan keharmonia,aman dan damai.

9-Lihatlah betapa beliau sendiri yang beragama islam begitu menyayangi AJK yang beragama Hindu soalnya adakah pemimpin yang bukan beragama islam bersikap terhadap orang islam seperti beliau didalam Akhbar kaum mereka?

10-Kalaulah bukan kerana "kasih sayang" dan sikap tolenransi orang islam sudah pasti orang-orang bukan islam tidak dapat menjawat orang pertama dan kedua terkaya dimalaysia malah kekayaan setiap seorang dari mereka mengatasi kekayaan orang-orang islam yang lebih dari seorang.

11-Cukuplah kita membuat kata-kata atau ayat-ayat hebat untuk menunjukkan orang-orang islam itu berperasan mulia sedangkan ia tidak lebih dari hinaan semata-mata,janganlah lagi kita dimomokkan bilangan orang-orang islam yang kaya raya hingga berperasan kaya tapi hakikatnya ia miskin dari segi jumlahnya.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...