Borang Bantuan RM500 lhdn 2011 Terbaru



1.Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
2.Isi rumah layak memohon merujuk kepada seorang lelaki / wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;

  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;

  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan

  • Warga emas sebatang kara


3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon.

Pendaftaran dan Mendapatkan borang bantuan RM500


1.Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
2.Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih dan pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Pembayaran Yang Menggunakan borang bantuan RM500 akan dibuat :


1.Ketua isi rumah yang layak pada pertengahan Januari 2012.
2.Bantuan dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus dari keseluruhan isi rumah di negara ini.Pemberian melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

3 komen Orang bijak:

perjalanan pulang said...

pastikah akan dapat atau kita terbelit

k.a.s said...

claim jangan x claim.. somehow duit kita juga tu.

Abam Kie said...

i mmg x layak claim sbb gaji lebih drp rm3k

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...