GEORGE TOWN – Beberapa jenis minuman ringan dalam botol dengan pelbagai perisa buah-buahan didapati mengandungi alkohol pada paras yang mengatasi bir serta boleh memabukkan jika diminum berlebihan.
Minuman itu yang membanjiri pasaran kira-kira setahun yang lalu, dijual secara terbuka dan mudah diperoleh di kedai serta pasar raya.
Sebagai daya tarikan kepada golongan muda termasuk pelajar sekolah, ia dijual dengan bungkusan warna warni.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, penjualan minuman itu bertentangan dengan undang-undang negara yang melarang ia dibeli individu berumur 18 tahun ke bawah.
Katanya, sebahagian minuman itu mengandungi kadar alkohol 5.5 peratus lebih tinggi berbanding kadar alkohol dalam bir tetapi ia masih bebas dijual kepada pelajar sekolah.
“Label yang digunakan mengelirukan serta memberi gambaran ia tidak memudaratkan kesihatan,’’' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Antara minuman seperti itu yang banyak di pasaran ialah Hoopers Hooch Apple, Pelican Pink Vodka, Pelican Tropical Fruit, Blackcurrent + Vodka dan Lemon Limonya yang dijual antara RM4 hingga RM10 sebotol.
Kosmo
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !