Beberapa hari lepas kami menerima panggilan dari seorang pembantu Umi yang meminta kami datang ke satu tempat pada masa yang ditetapkan untuk perjumpaan itu.Salah satu perkara yang diberitahu kepada kami dan kami ingin berkongsi dengan anda.
Pada 30.6.1997 jam 5 petang, Umi Hafilda menerima panggilan dari pemandu Shamsidar, Azizan Abu Bakar yang juga bekas pemandu Wan Azizah bahawa Shamsidar akan bertemu Anwar di Bangsar Shopping Complex (BSC).Umi yang ketika itu berada di Setapak berkejar ke sana sambil menghubungi abang sulungnya serta dua orang rakan bagi sama-sama mengintip pergerakan mereka.
Takdir menyebelahi Umi dan abangnya, setibanya di sana pada jam 5.35 petang sebuah kereta Daimler bernombor WBV 37 yang dipandu oleh Datuk Nallakaruppan tiba di BSC untuk menjemput Shamsidar.Umi dan abangnya serta dua rakannya mengekori kereta yang dipandu oleh Nalla. Kereta tersebut menuju ke Kondominium Tivolli Villa yang terletak tidak berapa jauh dari BSC.
Umi berjaya masuk ke kawasan kondo tersebut kerana seorang rakan mereka mempunyai pelekat kenderaan kondo itu.Setibanya di sana Umi dan abangnya melihat Shamsidar dan Anwar turun dari kenderaan yang dipandu Nalla dan berjalan masuk ke rumah.
Pada jam 7.40 malam disini
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !