Pada masa yang sama kaji selidik tersebut mendapati lebih 40 peratus pasangan yang sudah berkahwin tidak mengadakan hubungan seks lebih dari sebulan. Kerajaan Jepun melihat perkara tersebut sebagai satu ancaman kepada negara berikutan negara matahari terbit itu sudahpun mengalami masalah kadar kelahiran yang rendah. Kerajaan Jepun juga dikatakan perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi perkara tersebut.
Satu hasil kajian yang unik dari negara Jepun. Kajian tersebut mungkin akan menjadi lebih menarik sekiranya disertakan juga sebab atau kenapa golongan lelaki muda di negara berkenaan tidak berminat atau membenci seks.
Sedangkan secara logiknya sumber atau bahan rujukan untuk seks boleh dikatakan mudah diperolehi di negara sana. Tambahan pula industri filem seks juga terdapat di negara berkenaan.
Kenapa agaknya budak-budak kat sana tak minat dengan seks? walaupun peratusannya 36.1 peratus, ianya menunjukkan 3 dari 10 remaja yang ditanya tidak minat dengan seks.
Bagaimana pula situasi di negara ini? adakah golongan muda di negara ini terutamanya yang berumur 16 hingga 19 tahun juga tidak minat seks?….keliru jugak nak jawab ni.
Nampaknya kena buat kajian komprehensif jugak ni, atau mungkinkah tajuk atau kajian permasalahan kajian perlu dipinda kepada kenapa golongan muda di negara ini ‘terlebih minat’ seks?
Seks secara asasnya merupakan keperluan asas dan normal kepada setiap manusia, namun atas banyak faktor sama ada dalaman atau luaran menjadikan seks sesuatu yang cukup mengharukan kehidupan manusia sejak zaman berzaman.
Ada kes terlebih seks, ada kes yang tak cukup seks, ada kes yang kecelaruan seks. Pendek kata kalau kalau nak berbicara pasal perkataan empat huruf ‘seks’ ni memang panjanglah ceritanya.
by:myjazmanie
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !