Terbukti Ubi Mampu Besar Buah Dada

Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan penyelidikan ubi gadong yang turut dipercayai mampu membesarkan buah dada.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, melalui kajian yang dijalankan universiti tersebut, ubi gadong bukan sahaja sesuai dijadikan makanan, malah berpotensi besar dalam bidang ubat-uba-tan.

Menurutnya, ubi gadong atau saintifiknya Discorea Hispida yang merupakan makanan tradisional masyarakat Terengganu akan menjalani kajian selama dua tahun melalui Fakulti Pertanian dan Bioteknologi UniSZA.

“Kerajaan Negeri bersetuju membiayai kos bagi menghasilkan kajian secara berperingkat..kita serah kepada UniSZA, kalau ada penemuan baru, mungkin kita akan tambah peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan UniSZA di Wisma Darul Iman, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha’ari Idris, Timbalan SUK (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan Naib Canselor UniSZA dan Profesor Datuk Dr Alias Daud.

Kajian terhadap ubi tersebut menunjukkan bahawa ia mempunyai steroid tinggi iaitu penghasilan penting dalam ubat-ubatan dan hormon yang bergabung dengan gula dikenal sebagai saponin yang boleh menghalang pengetulan platelet dalam darah.

Kandungannya turut dikenal pasti mampu menghalang penyakit darah membeku, boleh dijadikan pil pencegah kehamilan, hormon seks dan bahan kortison, selain ekstraknya dikatakan boleh membunuh siput.

Ahmad yang menjadi pencetus utama kajian tersebut menjelaskan, ubi gadong turut ditanam di 150 buah negara di seluruh dunia, termasuk Mexico yang menjalankan penana-man tersebut secara komersial, selain digunakan untuk membasuh bulu biri-biri sebelum dijadikan pakaian atau barangan perhiasan bagi membunuh kutu dan serangga.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang penyelidikan dijalankan, ubi gadong akan diambil dari hutan memandangkan belum ada penanaman secara sistematik dilaksanakan.

“Dari segi pasaran tiada masalah kerana hasil kajian ini pasti akan dijual. Kajian berapa lama, kita serah kepada UniSZA untuk tentukan,” katanya.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...