Alasan!Alasan!Alasan!


Sedar atau tidak sudah hampir setahun blog ini tiada new post..al maklumlah adakala kita memberi peluang untuk mencari sesuatu yang perlu ditimba...

Alasan!Alasan!Alasan!
itulah komen kebanyakkan yang diterima oleh bijakjaya selama tempoh bertenang tersebut.Bila difikirkan penggunaan perkataan 'alasan' ada benarnya tapi tak kurang juga yang menggunakannya untuk satu hala sahaja.Tidak faham?

Alasan untuk tidak mahu berusaha...
Tuan-tuan semua mesti pernah melihat bagaimana kita disuruh menjadi kaya, hidup mewah dan senang seperti orang yang berjaya dan setiap kali itu juga akan ada diantara kita berkata "tidak boleh","bapak dia orang kaya","dulu nenek dia waris harta tu kat dia".. dan macam-macam lagi .Dan akan dikatakan itu adalah alasan untuk tidak mahu berusaha menjadi kaya.Kita juga melihat buku-buku motivasi mengatakan jangan beri alasan untuk berjaya.Ini akan menyebabkan fikiran kita akan jadi sehala dan minda separuh sedar sampai bila-bila akan berfikir bahawa "jangan beri alasan untuk berjaya.Benarkah begitu?

Alasan untuk berjaya..
Sebenarnya anda juga perlukan alasan untuk berjaya!Tidak mungkin anda boleh berjaya tanpa alasan yang kukuh!Fikir-fikirkan....


Dikesempatan ini,bijakjaya mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...