Rahsia Ayat-ayat Yang Enam dan Jawapannya

1-Mungkin anda pernah mendengarnya atau tidak pernah seumur hidup anda namun begitu bukan menjadi hal sekiranya untuk kita berkongsi sesuatu seperti ini

2-Sebenarnya ayat-ayat enam ini sering dipersoal dan mempersoalkan,hingga ada yang ingin menuntut atau memilikinya kerana menjadi 'buah mulut' dalam golongan-golongan tertentu malah ada juga menganggapnya senjata disaat genting.

3-Maka itu tidak hairan atau pelik ia turut menjadi perhatian tidak kira dari akar atau peringkat tertinggi dalam mana-mana parti.

4-Penggunaannya mengikut dari semua cerita ia adalah untuk kebaikan jesteru itu,saya beranggapan ianya tidak menjadi kesalahan atau kesilapan untuk kita kongsikan bersama apa itu ayat-ayat enam ini.

5-Saya juga tidak menafikan sekiranya ada yang kurang senang ayat-ayat ini dikongsikan atas dasar kononnya"ilmu bukan untuk semua".

6-Namun saya tetap percaya ilmu yang baik elokkah dikongsikan untuk kebaikan.Allah yang maha mengetahui.

7-Fungsi atau kebaikan yang pernah dinyatakan atau diketahui akan lapanglah hati yang gundah,hutang akan langsai dan tidak gentar dengan orang berkuasa seperti Raja atau pemerintah dan pelbagai kelebihan yang tidak dapat saya tuliskan disini jika menjadi amalan si pembacanya,

8-Inilah ayat-ayat yang enam ini:
  1. Surah Al Baqarah ayat 156 dan 157
  2. Surah Ali Imran ayat 173 dan 174
  3. Surah Al-anbiya' ayat 87 dan 88
  4. Surah Al anbiya' ayat 83 dan 84
  5. Surah Ghafir ayat 44 dan 45
  6. Surah Ali Imran ayat 135 dan 136

9-Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina amat dialu-alukan.Hanya Allah jualah tempat meminta pertolongan .Dialah sebaik pembantu dan penolong,Semoga Allah SWT meredhai usaha kita.Insya Allah.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...