Semak Check Saman Polis Online

Saman Polis Online

Semak check Saman Polis Online

Sejak akhir-akhir ini ramai yang menggunakan kemudahan internet untuk memeriksa saman atau check saman.Anda juga kini boleh menggunakan kemudahan membayar saman secara onlineDengan menyemak Saman Polis Online melalui internet ,anda boleh menyemak saman anda pada masa yang sesuai dengan jadual anda sendiri dan tidak mengganggu tugasan anda yang lain. Perkhidmatan ini adalah percuma, menjimatkan masa dan kos, dan dapat di ketahui bila-bila masa. Maklumat saman ini di perolehi dari pengkalan data PDRM yang dikemaskini oleh Polis Diraja Malaysia.

Cara check saman polis online

Kepentingannya,sekiranya anda hendak memperbaharui cukai jalan.Untuk mengetahui samada anda mempunyai saman yang tertunggak atau tidak boleh lihat disini.

1-Klik pada kolum PDRM > Summons Inquiry & Payment

2- Masukkan no pendaftaran kenderaan

3- Masukkan no Kad pengenalan.

4-Klik submit.

Sebelum anda boleh mengetahui jumlah saman atau kesalahan yang dikenakan terhadap anda,terlebih dahulu anda perlulah mendaftar.Apabila anda telah mendaftar anda tidak perlu mendaftarnya lagi sebaliknya hanyalah memasukkan 'username' dan 'pasword' yang akan diberikan ketika kali pertama mendaftar.

Setelah itu,Anda akan dapat melihat jumlah Saman dan bayaran yang perlu dibayar.Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti jika pembayaran secara online telah dibuat.

Cara Lain Semak Check Saman

check saman polis trafik melalui sms dengan cara :

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

contoh : POLIS SAMAN 741003105214 hantar kepada 32728 atau

untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Selamat mencuba!

1 komen Orang bijak:

aQ inGin terBanG said...

bilakah ada potongan dan pengampunan untuk saman

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...