BAGAIMANA UNTUK MENCIPTA KREATIVITI ANDA

BAGAIMANA UNTUK MENCIPTA KREATIVITI ANDA.
Keupayaan menggunakan kreativiti untuk mencari penyelesaian peluang dan pekerjaan atau perniagaan adalah satu kemahiran penting yang mesti
dimiliki. Daya kreativiti akan membolehkan anda meningkatkan kerjaya anda hingga sepuluh kali ganda, kerana anda akan mendapati diri anda lebih berupaya untuk menawarkan cara baru yang inovatif untuk menyelesaikan masalah.Kreativiti tidak datang bergolek...Halangan terhadap kreativiti muncul setiap hari, dan keupayaan anda untuk mengenal pasti dan mengatasi halangan-halangan ini akan membantu anda meningkatkan perniagaan.  

UBAH RUTIN KERJA 
Rutin kerja yang sama setiap hari boleh menjadi satu daripada halangan paling biasa yang mengekang kreativiti peribadi anda. Rutin kerja yang membosankan ini bukan sahaja tidak akan merangsangkan kreativiti anda, bahkan menyukarkan anda untuk mencari idea dan inovasi dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi anda. Sedikit lencongan atau kejutan bukan sahaja perlu, malah sangat penting dan tidak boleh dielakkan. Tetapi terlalu banyak lenconganatau kejutan juga tidak akan membantu kreativiti anda. Cuba ubah cara dan waktu anda melakukan perkara-perkara rutin dalam jadual kerja seharian anda. Cara ini pasti dapat membantu merangsangkan kreativiti.

TENANGKAN DIRI 
Keletihan adalah satu lagi halangan biasa yang mengekang kreativiti di kalangan kita. Tumpuan kepada usaha mencari peluang sepanjang hari memang dihormati. Tetapi, anda perlu meluangkan masa untuk berehat jika anda ingin mengelakkan keletihan, kerana kelesuan boleh menumpulkan kreativiti. Luangkan masa untuk bermain. Anda akan dapati daya kreativiti anda bertambah semasa bermain. Malah anda mungkin dapat menemui jawapan yang dicari-cari selama ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu anda tidak bekerja atau tidak memikirkan tentangnya. 

Bersambung….

1 komen Orang bijak:

LadyBird said...

main game komputer pun leh rangsang kreativiti kan..

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...