Jangan bimbang jika anda menghadapi masalah!

Jangan bimbang jika anda menghadapi masalah!Cakap memang senang tapi bila masalah besar datang,kita pasti bimbang.setahu saya ,orang yang tiada masalah hanyalah mereka yang duduk atau berkumpul disatu pelusuk kanpung.Kebanyakannya mempunyai satu tempat untuk berkumpul .Kita namakan tempat itu kubur.

Selagi anda bernyawa,anda pasti menghadapi masalah.masalah adalah asam garam kehidupan.Sama ada percya atau tidak,kebanyakan masalah adalah baik untuk anda!biar saya jelaskan.

Mungkin anda pernah mendengar tentang Terumbu Karang Besar sepanjang 1,800 batu,yang menentang dari New guinea ke Australia.pemandu pelancong sering membawa pelawat melihatnya.Dalam satu lawatan,seorang pemandu ditanya soalan yang menarik
"Saya dapati terumbu disebelah lagun nampak pudar dan tidak bernyawa sedang yang menghadapi ke laut begitu menarik dan berwarna-warni," kata seorang pelancong."Mengapa?"

Jawapan yang diberikan pemandu pelancong juga menarik."Terumbu dikeliling lagun berada dalam air tenang dan tidak menghadpai cabaran untuk hidup.Ia mati lebih cepat.Karang disebelah lautansentiasa dipukul angin,ombak,ribut dan menghadpai pelbagai rintangan.Untuk hidup ia perlu berjuang melawan pukulan ombak dan angin setiap hari.Ia perlu gigih dan kuat untuk menghadapi cabaran dan ujian.Ini menjadikannya semakin sihat.semakin kukuh.Semakin membiak."Pemandu pelancong itu seterusnya menambah "Perkara yang sama berlaku pada semua organisme yang hidup"

Begitu juga dengan manusia .apabila dicabar dan diuji ,kita menjadi semakin teguh!Seperti karang yang dipukul ombak.Tekana fizikal boleh menjadikan kita kuat.Tekana mental dan emosional boleh menguatkan daya pemikiran dan daya ketahanan.Ujian semangat boleh menguatkan tekad dan kesetiaan.

Jadi,jika anda menghadapi masalah-anggaplah seperti tiada masalah!katakan pada diri anda sendiri, "saya akan terus hidup!" dan sentiasa memohon kepada Tuhan yang maha Esa.

0 komen Orang bijak:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...