Pada suatu hari,seorang bapa bersama keluarganya yang kaya-raya membawa anak kecilnya ke desa dengan tujuan untuk menunjukkan kepadanya keperitan hidup keluarga miskin.Mereka menghabiskan sehari semalam di rumah kecil sebuah keluarga yang sangat miskin.apabila mereka pulang kerumah ,si bapa bertanya anaknya,"Bagus tak apa yang kau lihat disana?"
"Bagus ayah!"si anak terus menjawab."Kau tengok sendiri kemiskinan hidup mereka?" tanya sibapa lagi."Ya!"jawab si anak."Apa yang kau pelajari dari kehidupan mereka?"tanya si bapa lagi.Si anak menjawab,"Saya nampak kita ada seekor kucing di rumah kita,sedangkan mereka ada empat.Kita ada kolam yang panjang sampai ke hujung taman.,sedangkan mereka ada anak sungai yang tiada penghujung..Kita ada lampu laman yang import,sedangkan mereka ada bintang-bintang yang bertabur dilangit.anjung kita sampai ke laman,sedangkan mereka ada diseluruh ozon.
Si ayah kelu tidak dapat berkata apa-apa selepas mendengar jawapan anaknya.
Si Anak menambah,"Terima Kasih ayah kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita!".
Kesimpulan dari kisah ini ialah miskin atau kayanya hidup kita bergantung kepada cara kita melihatnya.Jika kita sihat,hidup bahgia,.mempunya kasih sayang,sahabat andai,keluarga dan pendirian yang baik dalam kehidupan kita,bermakna kita memiliki segala-galanya!
Kita tidak boleh membeli ini semua.Kita boleh memiliki segala kekayaan yang kita idamkan,membuat rancangan masa depan dan sebagainya,tetapi kalau kita tidak bersemangat ,kita tidak mempunya apa-apa!
0 komen Orang bijak:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !