Rumah Tandas Gergasi

Ya!Rumah tandas gergasi yang pertama didunia! Tidak ada orang yang menyampaikan mesej kesedaran sosial sepertimana Rumah raksasa berbentuk Tandas ini.Itulah tujuan Sim Jae-Duck, ahli Persatuan Tandas Dunia, ketika ia menyuruh kontraktor membangunkan rumah barunya dan rumah kaca yang mirip tandas gergasi.

Terletak di Suweon selatan Seoul, menara rumah pelik ini berketinggian pada 4508-persegi-kaki dan kosnya 1.6 juta dolar.Sim, yang juga bekas Datuk Bandar Suweon dan ahli-ahli parlimen ketika ini, berharap bahawa rumah ini akan menekankan pentingnya kebersihan yang lebih baik di semua negara.

"Tandas pernah dianggap sebagai tempat kotor dan berbau busuk. Kini tidak lagi. Mereka harus dianggap sebagai tempat suci yang melindungi kesihatan manusia, "katanya lagi.

Bahkan, Sim telah begitu sering menyuarakan tentang masalah kebersihan tandas sepanjang semasa dalam jawatannya hingga orang ramai sudah mula memanggilnya Wali Tandas.

Kerana mengingati bahawa ibunya melahirkan dia di tandas, tema tandas telah menjadi sebahagian utama dari kehidupan manusia eksentrik itu.

Jadi, jagalah kerbersihan tandas rumah anda pastikan ianya lebih bersih dari tandas awam terutama di Puduraya!


1 komen Orang bijak:

qyqa said...

wah...sungguh unik!!!!!!!

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...