Ketahui Bila Untuk Menukar Haluan!!


1-Dua kapal perang yang ditugaskan ke skuadron latihan telah berlatih dilautan dalam keadaan cuaca buruk selama beberapa hari.Pemandangan agak kabur kerana kabus tebal.Jesteru itu kapten tidak meninggalkan anjungan supaya dapat memantau segala apa yang bakal berlaku.

2-Tidak lama selepas matahari terbenam,pemerhati pada sayap anjungan melaporkan,"Satu cahaya sedang menghala kesebelah kanan kapal".

3-Kapten menjawab,"Ia menghala terus atau bergerak ke buritan?"

4-Pemerhati itu berkata "Menghala terus, kapten," yang bermakna cahaya tersebut berada pada haluan bersetentangan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

5-Kapten kemudian menjerit kepada guru semboyan"Hantarkan isyarat kepada kapal itu:Haluan kita bersetentangan.Anda dinasihatkan tukar haluan 20 darjah,"

6-Sumber cahaya tersebut membalas "Lebih baik anda menukar haluan 20 darjah!".

7-Kapten kapal menjawab"Hantar isyarat lagi:Saya Kapten Kapal,tukar haluan 20 darjah,sekarang juga!'.

8-"Saya kelasi kelas dua,"jawab sumber cahaya itu."Anda mesti mengubah haluan 20 darjah sekarang juga!" jawabnya lagi.

9-Pada waktu itu Kapten mula naik berang.Beliau menjerit "Hantar isyarat:Ini kapal perang.Tukar haluan anda sekarang juga!!!".

10-Cahaya berkelip itu menjawab:"Ini rumah api!!"

11- Kapal perang itu pun menukar haluan serta merta.

Tidak kira sehebat mana sekalipun pasti ada yang lebih hebat dari kita..Ketahuilah bila anda patut menukar haluan anda!!

1 komen Orang bijak:

Anonymous said...

cerita lawak...gaduh tukar haluan..hahahah
amek skali rumah api...kah3!

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...