Selamat Tinggal ...

Kali ini aku tak mampu pendamkan lagi..aku terpaksa luahkan disini kerana mereka lebih memahami darimu...

Telah lama kita bersama
tak pernah lupa jasamu dalam hidup kita
kau sentiasa menemaniku
disaat duka dan tawa

Kini kau telah berubah
tidak seperti dahulu
malah kau menyakitiku
tapi ku tetap menahannya didalam hati..
amat pedih dan sakitnya keranamu
namun kugagahkan jua hidup denganmu

Aku sentiasa menjagamu
membuat dirimu cantik dan menarik
hingga orang memujimu lebih dari diriku
Inikah yang patut kau balas?

Biarpun masa berlalu pergi
kau masih menyakiti tanpa henti
puas ku bersabar
mempertahankan hubungan kita
siang dan malam
masih juga kau sakitiku
tanpa kau sedar

Keranamu
aku sering sakit kepala
setiap kali kau menyakitiku
aku tidak mampu membuka mulutku
pernah kucuba membuangmu jauh
tapi tidak terdaya kerana kehilanganmu
turuti menyakitkan diriku jua...

Kini kutetap dengan nekad
Kukumpulkan kekuatan
untuk melupakanmu
Kan kugagahkan
untuk meninggalkanmu jauh
dari hidupku

Maafkan aku
kerana keputusanku
tidak akan berubah
kerana sakitnya diriku
tidak terperi selagi kau bersamaku

Esok lusa aku akan bersama dia
Ya! dia akan buat kulupa padamu
dia juga akan membuang sakit
yang kau buat padaku selama ini
membuangmu jauh dari hidupku..
selepas itu pasti kita tidak akan bertemu lagi...

Selamat tinggal Si gigi geraham!...Aduh!Sakitnya!!...

Anda pernah disakiti?

8 komen Orang bijak:

KinosKoko said...

hoho..sayang gigi geraham..

Anonymous said...

huhu...i thought u maksudkan i...hehe..lega hati i..dun leave me yea dear...haha

Unknown said...

byee.

xazryx said...

bye2 kepada gigi geraham .HAHA .

Anonymous said...

hehe
terkejut mule2 bc

Mirul said...

hahahaha.... bye2 gigi geraham.. xD

bijakjaya said...

hehe

adilah said...

Ceh !! ingat aper la tadi..suspen jer..anyway terima kasih !!

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...