Mymetro Kosmo Bernama Utusan Malaysia Berita Harian Online

Mymetro Kosmo Bernama Utusan Malaysia Berita Harian Online.Apa anda tahu mengenai akhbar-akhbar diMalaysia?Mengapa anda perlu tahu mengenainya adakah ia mempengaruhi hidup anda selama ini?

Utusan Malaysia
Merupakan sebuah akhabr berbahasa melayu terbitan Utusan Melayu.Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar utusan adalah sebanyak 256,247 naskhah.
Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajahan british dan ditulis menggunakan tulisan jawi .Ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi" kerajaan Malaysia.
Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada29 mei 1939.Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.
Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.
Pada bulan Februari 1958 lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.
Pada tahun 1967 Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994
Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).

Berita Harian
Ialah sebuah akhbar utama berbahasa melayu di Malaysia.Ia diasaskan pada1 julai 1957 tahun yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan.Bagi surat khabar keluaran hari Ahad diberi nama Berita Minggu.
Audit Bureau of Circulation (ABC) dari 1 Julai 2004 hingga 30 Jun 2005 yang mempunyai 231,163 edaran. Sementara surat khabar lain, Berita Minggu mencapai 358,054 edaran.Berita Harian juga merupakan nama kepada akhbar tidak berkaitan berbahasa melayu di Singapura. Ia dijual pada harga S$0.50. Edisi Singapura bagi Berita Harian diubahsuai melalui format dan halaman kulit.


Harian Metro
merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa melayu di Malaysia.

Sejarah penubuhan

Sebelum kehadiran Harian Metro, terdapat di kalangan penyokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang. Walau bagaimanapun, ia masih tidak menjadi kenyataan sehinggalah NSTP menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk Tabloid 25 mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita harian Sdn Bhd.Pada 25 mac 1992 Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Senai ialah 15,000.

Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya iaitu 390,019 naskhah pada 31 Oktober 2009. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 433,480 naskhah pada 8 November 2009.

Akhbar Harian Metro

Matlamatnya pada peringkat awal ialah untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa yang berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Namun, berdasarkan sambutan menggalakkan, Kumpulan NSTP kemudiannya meluaskan pengedaran akhbar berkenaan ke seluruh Semenanjung. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan global.
Info :Wiki

1 komen Orang bijak:

AzizMostafa said...

@ Utusan Malaysia … dan ditulis menggunakan tulisan jawi
-
Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.

Post a Comment

Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...