Di Mana Untuk Bermula?
Saya gemar membandingkan tugas membaiki diri sendiri ini dengan permainan golf. Semua orang boleh main golf. Saya tahu kerana saya sendiri telah beberapa kali bermain golf. Akhirnya, saya dapat memasukkan bola ke dalam lubang. Seperti berjuta-juta orang lain, saya boleh bermain golf. Tetapi masalahnya, bolehkah saya bermain dengan baik? Untuk menjadi pemain yang baik, kita kenalah berusaha.
Kalau ada orang menyatakan bahawa setahun dari sekarang saya perlu menyara hidup dengan bermain golf, saya akan mengambil langkah serius dalam permainan golf saya. Saya akan cari jurulatih golf yang terbaik dan mengaturkan sesi latihan yang intensif. Saya akan menghabiskan wang untuk menjadi ahli kelab yang terbaik. Saya akan habiskan masa berjam-jam sehari untuk berlatih. Saya akan melakukan segala-galanya untuk meningkatkan kemahiran bermain golf.
Usaha berterusan untuk membaiki prestasi jualan adalah ibarat bermain golf. Sepanjang hayat, anda perlu menyara hidup dengan membaiki diri anda. Semua orang boleh melakukannya, tetapi bukan semua boleh melakukannya dengan baik. Jurujual yang dapat menambah pendapatan, kepuasan dan merebut peluang untuk menyahut cabaran lebih besar dan mengecapi nikmat hidup yang lebih baik adalah mereka yang sanggup belajar untuk membaiki diri sendiri dan melangkah maju dengan lebih cepat dan lebih baik daripada rakan sejawat mereka. la ibarat bermain golf. Jika anda ingin bermain dengan lebih baik, anda perlu meluangkan masa dan melabur wang dalam usaha untuk membaiki kemahiran anda.
21 komen Orang bijak:
Salam...setuju. cuma, bukan semua orang berkemampuan untuk memperbaiki diri dengan cara yang sama. Ada yg sanggup invest utk hasil yg cepat, ada yg tak mampu dan terpaksa berhempas pulas mengerah tenaga. Ada yg berusaha dari bawah (rank in file), ada yg menumpang orang lain untuk mendaki (work smart) dan ada juga yg memijak kepala orang atau menjatuhkan orang lain utk memajukan diri...
kena konsisten & tabah dgn cabaran
sangat setuju!
chill je lah :P
Salam...Best :)
bagus..teruskan usaha..
sebelum usaha
susunlah strategi yg baik
agar usaha yg kita buat tidak siasia
keeping blogging =)
good motivation..
for me, life is like playing a chess game :D but golf oso will do.haha
usaha....
teruskan usaha anda....sy pun sedang berusah juga utk ke depan :)
tolong HENTIKAN blog-walking ke croxfiber dan cflounge. kotor chatbox kami. tak ada manafatnya info kamu. Hormati sesama insan, wassalam
good motivation. our self must be hve confident and be patient wip de chllanges. also always improve ourself from be4...
sabar itu ada hikmah nya...
terima kasih sudi menjengah..ya
setuju!!
sedang berusaha ke arah itu ..
selamat pagi....
regards,
hpmurah2u(review handphone)
usaha tangga jaya
I like motivations
usaha saya bermusa detik ne
Post a Comment
Terima Kasih atas komen dan idea yang bijak-bijak ini !Anda memang bijak !